Wednesday, June 1, 2016

Cerpen : PENGAKHIRAN


Pangg!!!
 Satu tamparan mengenai pipi Pn. Rohani. Berderai gelas kaca yang di pegang oleh Pn. Rohani. Air mata mengalir laju di pipi. Wajahnya kemerah-merahan menahan rasa sakit. Pipi yang kesakitan di usap lembut.
“Sampai hati abang buat Ani macam ni, mana janji abang dulu untuk jaga Ani, untuk sayang Ani. Abang mungkir janji”. Air mata dibiarkan mengalir di tubir mata.
“Arghhhh…. Ada aku kisah dengan janji-janji tu, peduli apa aku dengan kau. Lagi pun kau dah tak boleh bagi aku zuriat, kau mandul tau tak!”  Tengkin En. Bahar.
Deraian air mata makin laju apatah lagi di sepak terajang oleh suami sendiri. Di mana sifat perikemanusiaan sebagai manusia dan sebagai seorang suami. Betapa peritnya hidup Pn. Rohani semenjak dia di sahkan tidak boleh hamil lagi akibat keguguran anak yang pertama dan mengalami pendarahan yang teruk di rahimnya dan rahimnya terpaksa di buang kerana jika tidak di ia akan memudaratkan kesihatan Pn. Rohani. Namun, bertambah perit lagi apabila suaminya berlaku curang di belakangnya dan menjadi panas baran. Ada sahaja yang tidak kena. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang di alami oleh Pn. Rohani termasuklah keluarganya sendiri. Baginya masalah keluarganya biarlah dia yang simpan dan selesaikan sendiri. Keluarga mertuanya juga sudah tidak suka lagi pada Pn. Rohani kerana tidak boleh memberikan zuriat buat anak lelakinya. Selalu Pn. Rohani akan di maki hamun oleh mertuanya. Apalah nasib yang menimpa dirinya. Bersedih atas kematian anaknya lagi di tambah pula keluarga mertua yang bersikap lepas tangan. Hanya mampu bersabar di saat ujian melanda dirinya. Kadang-kadang iman seorang manusia boleh goyah jikalau tidak kuat mental.
Pn Rohani meratapi nasibnya yang malang itu. Tidak tahu pada siapa lagi harus mengadu. Akhirnya Pn Rohani membersihkan diri dan mengambil wuduk lalu mengadu nasib pada Ilahi. Hanya satu-satunya tempat mengadu yang paling agung hanyalah pada Allah maha pencipta. Moga-moga ada hikmah di sebalik semua yang menimpa dirinya itu.
Bunyi ketukan pintu yang kuat memeranjatkan Pn Rohani yang terlena di atas sejadah. Segera ke ruang tamu untuk membukakan pintu untuk suaminya. Barang kali suaminya tertinggal kunci rumah.
“Kenapa kau lambat buka pintu hahhh? Jerit En Bahar sambil menarik rambut Pn Rohani”.
         “Ma… Maaf bang saya tertidur lepas solat tadi. Sambil menahan kesakitan yang amat” .
Ada bau arak yang menusuk ke hidung Pn Rohani. Sebelum ini suaminya tidak pernah menyentuh minuman haram tersebut, tapi suaminya tewas dengan godaan syaitan durjana. Terlampau ingin ketenangan kelab malam yang menjadi sasaran suaminya sambil berhibur dan menari.
Uwekkkk… uwekkk, En Bahar muntah di atas baju Pn Rohani akibat mabuk yang melampau. Alangkah hibanya melihat keadaan suaminya seperti itu.
“Ab… Abang sentuh minuman haram tu? Soal Pn Rohani sambil tergagap-gagap akibat ketakutan.
“Arghhhh… Kau tak payah nak sibuk hal aku! Tengking En Bahar sambil menepis tangan isterinya.
“Abang tau kan benda tu haram di sisi agama, kalau abang ada masalah abang mengadulah pada Allah. Hanya Allah yang dapat membantu kita bang”.
“Kau tak payah nak tunjuk alim dekat sini, aku tak nak dengar semua tu kau faham tak” Sambil mengheret Pn Rohani ke dapur.
Raungan isterinya langsung tidak di endahkan oleh suaminya. Suaminya menghumban Pn Rohani ke lantai tanpa belas kasihan, di tampar dan sepak terajang yang menjadi makanan harian Pn Rohani sejak akhir-akhir ini. Puas dia merayu agar suaminya tidak berbuat sedemikian.
Habis berdarah dan lebam-lebam badan Pn Rohani. Pn Rohani sudah tidak larat untuk hidup sedemikian. Maki hamun, cacian dan dipukul setiap hari. Pn Rohani bangkit untuk mempertahan dirinya daripada dipukul. Mereka bergelut.
“Berani kau nak lawan aku betina! Jerit suaminya”
Dengan kasar suaminya menghantukkan kepala Pn Rohani ke dinding menyebabkan kepalanya berdarah. Matanya berpinar. Dengan kudrat yang ada Pn Rohani bangkit mencapai sebilah pisau lalu menghunuskan pisau tersebut ke perut suaminya. Tersembur darah keluar mengenai muka Pn Rohani. Di tikam perut dan dada suaminya bertalu-talu tanpa belas kasihan sehingga darah merecik memenuhi ruang dapur rumahnya. Hatinya puas. Tawanya memecah kesunyian di rumah tersebut. Pn Rohani terlena di sisi suaminya akibat keletihan yang amat.
         Raungan Pn Rohani yang kuat memeranjatkan jiran tetangganya. Ada yang datang melihat setelah terdengar raungan dan tawnya  yang kuat di sisi lelaki yang berlumuran darah. Kelihatan pisau di pegang oleh Pn Rohani. Salah seorang jirannya telah menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut. Ramai yang datang mengerumuni rumahnya untuk mengetahui apa yang berlaku. Pihak polis sepantas kilat datang ke perumahan yang di diami oleh Pn Rohani dan En Bahar.
“Pn tolong letak pisau tu atas lantai.  Arah salah seorang anggota polis tersebut”.
Pn Rohani mengacukan pisau sambil ketawa terbahak-bahak, ada ketika tangisan yang kedengaran. Pihak polis sedang  berusaha menenangkan Pn Rohani.
“Aku tak bersalah. Jerit Pn Rohani dalam tangisan”.
 Psiko mula di mainkan oleh anggota polis untuk menenangkan Pn Rohani agar dia tidak takut dengan situasi yang dia berada sekarang.
Tangan di gari dan di bawa masuk ke dalam kereta polis peronda. Siren amaran kereta polis peronda di bunyikan menandakan ada sesuatu yang terjadi. Mayat suaminya di bedah siasat sebelum di serahkan kepada waris untuk di tuntut.
…*…
Selepas kes dibicarakan dan di jatuhi hukuman, mertuanya tidak puas hati kerana menantunya tidak mendapat hukuman setimpalnya kerana telah membunuh anaknya. Seharusnya di jatuhi hukuman gantung sampai mati baru puas hati mertuanya. Namun, Pn Rohani hanya di jatuhi hukuman penjara seumur hidup di bawah seksyen 302 iaitu siksaan bagi kesalahan membunuh orang.
Kehidupan di dalam penjara banyak mengajar Pn Rohani erti kehidupan sebenar yang harus di laluinya. Sebuah perjalanan hidupnya akan berakhir dalam sel penjara. Sebuah pengakhiran yang sangat memeritkan bagi seorang wanita untuk menjalani liku kehidupan yang tidak lagi normal seperti insan yang lain. Dalam sel penjara Pn Rohani banyak termenung mengenangkan kisahnya suatu ketika dahulu yang sangat bahagia. Selama 5 tahun melayari kehidupan berumah tangga kehidupan mereka suami isteri sangat bahagia apatah lagi suaminya sangat penyayang. Pn. Rohani merupakan wanita bekerjaya dan suaminya pula tidak membantah untuknya bekerja. Suami Pn. Rohani memegang jawatan pengurus di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Masing-masing sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk bersama. Apabila pulang dari kerja masing-masing sudah penat seharian bekerja. Cuma hari minggu sahaja masa untuk mereka bersama bergurau senda dan bercuti. Suatu hari suaminya mencadangkan mereka bercuti di langkawi untuk merehatkan minda dan menghilangkan penat lelah seharian bekerja. Begitu teruja Pn. Rohani apabila mereka akan pergi bercuti. Masing-masing memohon untuk cuti seminggu dan cuti mereka di luluskan oleh pihak atasan.
Sedang sibuk Pn. Rohani mengemas pakaian untuk di bawa nanti tiba-tiba elektrik di rumahnya terpadam. Pn. Rohani ketakutan lalu keluar dari bilik untuk memanggil suaminya.
“Ab… abang kat mana, Ani takut ni. Abanggg... Jangan mainkan Ani macam ni. Abanggg…” Air matanya mengalir laju.
Tiada sahutan dari suaminya. Membuatkannya lagi takut apabila kelihatan ada kelibat manusia sedang berjalan menuju kearahnya.
“Abang ke tu? Tanya Pn. Rohani lagi”
Kelibat hitam menerkam Pn. Rohani, hampir rebah di buatnya. Mereka bergelut dan Pn. Rohani memukul lelaki tersebut dengan batang penyapu.
“Aduhh!”
Terdengar suara suaminya mengaduh kesakitan membuatkan dia berhenti memukul, lalu ada sekumpulan manusia masuk ke dalam rumahnya sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ buatnya. Alangkah terharunya dia melihat suami tersayang membuat kejutan untuk isteri, terasa di sayangi dan di hargai. Dalam masa yang sama juga dia memarahi suaminya kerana menakut-nakutkannya sebegitu. Bagai hendak luruh jantungnya,.
“Abang minta maaf sayang, abang terpaksa. Jangan la merajuk yea abang janji tak buat lagi camni” Di rangkul pinggan isterinya tanda memujuk.
“Promise tak buat lagi? Sambil mencubit pipi suami tercinta”.
“Abang janji tak buat lagi”
En. Bahar mengeluarkan satu bungkusan yang di balut kemas, lalu di hulurkan kepada isteri tersayang. Kegembiraan jelas terpancar di wajah isterinya.
“Terima kasih abang, boleh sayang buka sekarang? Pinta isterinya”.
En. Bahar tersenyum melihat telatah isterinya. Cukup bahagia rumah tangga mereka saat ini. Alangkah terkejut Pn. Rohani apabila melihat hadiah yang diberikan. Seutas rantai emas dan permatanya berbentuk hati. Hanya ucapan terima kasih buat suami tersayang. Dipeluk erat-erat suaminya tanda kasih dan sayang buat suami. Rumah mereka meriah dengan kawan-kawan dan jiran tetangga yang hadir menyambut hari jadi Pn. Rohani.
Lamunannya terhenti apabila pegawai polis datang menemuinya. Sel penjara di buka.
“Pn Rohani Ibrahim, sila ikut saya ke bilik tetamu sekarang! Arah Inspektor Maria”.
Pn Rohani hanya mengekori dari belakang pegawai polis tersebut. Tiada sepatah kata yang di ucap. Setelah sampai di ruangan tersebut kelihatan keluarganya sedang menanti dengan wajah yang suram. Hatinya mulai sebak melihat keluarganya. Tiada kata yang dapat di gambarkan saat itu. Terasa hina, terasa berdosa yang amat sangat dan terasa diri amat terasing apabila berada di tirai besi.
Lantas di peluk erat-erat tubuh ibunya seakan-akan mereka akan berpisah buat selama-lamanya. Kerinduan yang amat pada keluarga tercinta yang sanggup lagi menerima dirinya setelah kejadian ngeri itu terjadi menimpa dirinya. Hubungan antara ibu dan anak tidak akan pernah putus walau apa pun yang terjadi. Darah yang mengalir dalam tubuh adalah darah yang sama tidak akan pernah putus.

AMIR AKRAM BIN ABDULLAH
BC13110016

SAJAK UBAT YANG DILUPAKAN



Di masa aku lupa,

Aku mencaci apa yang ada,

Yang tidak aku jadikan ada,

Umpama gila tiada ubatnya.



Maya aku jadikan tempat menunduk nasib,

Nyata aku goreskan bara kesakitan,

Ghaib terus dilupakan,

Seperti sakit tidak bertuhan.



Detik-detik kemusnahan kian bertambah,

Yang tidak terhitung banyaknya,

Apakan daya aku juga manusia,

Manusia yang tidak pernah lari dari lupa.



Untuk seberapa pantas ini,

Mungkin aku bertambah terasa,

Ubatnya sudah lama tidak dijamah,

Suara juga tersayu-sayu di hujung kulit,

Hingga aku terbasah dengan permulaan pertama.



Tubuh yang berbaju besi dari dulu,

Kian berkarat nipis,

Ubat sudah ku makan walaupun rosaknya banyak,

Selagi waktu cukup berlima,

Akan ku patahkan ia biarpun besi,

Untuk tunduk mencintai Tuhan.



MOHAMAD AZIZUL BIN IBRAHIM

(BC13110078)

WAU BULAN


 
(gambar hiasan)

Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu. Perkataan “wau”  ini dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam yang ramai tinggal di negeri tersebut.

Manakala perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur diSemenanjung Malaysia.

Ciri
Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.


Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan.



Sejarah
Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya.

Lambang

Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Bagaimanapun, sesetengah pihak mendakwa logo ini sebenarnya diilhamkan oleh wau kucing, bukan wau bulan.








AMIR AKRAM BIN ABDULLAH
BC13110016
PENGARAH PRODUKSI FILEM

Seorang pengarah yang baik akan memastikan bahawa semua bahagian sesuatu filem yang kreatif dihasilkan dan dibawa bersama-sama dalam keseluruhan bahagian. Seseorang pengarah akan mentafsirkan skrip, jurulatih penghibur, kerja-kerja bersama dan sebagainya, berkaitan yang mereka semua untuk membuat karya seni. Menurut Filem Scholar Eric Sherman, pengarah bermula dengan idea yang jelas daripada keseluruhan filem itu dan menggunakan ini untuk membantu dia menentukan apa yang perlu dilakukan. Seorang pengarah perlu memberi laluan ketika orang lain diberi kebebasan untuk menunjukkan apa yang mereka tahu.

Pengarah filem adalah individu yang mengarahkan pembikinan sesuatu filem.  Secara umumnya, seorang pengarah filem mengawal aspek seni dan dramatik filem itu serta menterjemahkan skrip ke bentuk visual, sambil mendorong kru teknikal dan pelakon untuk memenuhi visi itu.  Pengarah mempunyai peranan-peranan penting dalam memilih ahli-ahli kru, reka bentuk pengeluaran, dan aspek-aspek kreatif pembikinan filem.  Di sesetengah negara Eropah, pengarah dilihat sebagai pengarang filem itu.

Peranan pengarah filem juga perlu mewujudkan visi keseluruhan di mana filem yang akhirnya menjadi kenyataan.  Langkah ini termasuklah memantau unsur-unsur seni dan teknikal pengeluaran filem, dan juga mengarahkan jadual rakaman dan menetapkan tarikh pergambaran. Perkara ini memerlukan kerjasama yang hebat dan mantap oleh kru-kru filem untuk mencapai visi pengarah dalam sesebuah produksi filem. Hal ini juga memerlukan kemahiran pemimpin dalam kumpulan, dan juga keupayaan untuk mengekalkan tumpuan terhadap sesuatu perkara walaupun menghadapi sesuatu tekanan dalam berhadapan persekitaran lokasi pengambaran. Seseorang pengarah juga perlu ada pemerhatian yang baik dan tepat dalam memerhatikan setiap kru dan juga para pelakon serta boleh mengugurkan mana-mana kru atau pun pelakon daripada produksi mengikut kemahuannya. Oleh itu, kemahiran komunikasi yang baik perlu ada diantara pengarah dan kru teknikal serta setiap orang yang terlibat dengan produksi.

Selain bergantung kepada kerjasama daripada golongan kreatif yang berbeza, dengan kemungkinan kuat menyangkal cita-cita seni dan visi, seorang pengarah juga perlu mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan konflik jika perlu.  Oleh itu, pengarah harus memastikan semua individu yang terlibat dalam pengeluaran filem itu berusaha ke arah satu wawasan yang sama bagi menjayakan sesebuah filem.

Selain itu, terdapat juga pengarah yang menulis sendiri skrip untuk filem yang hendak dihasilkannya.  Pengarah seperti ini adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang pengarahan dan juga perfileman.  Dia sudah  biasa dengan proses pembuatan filem dan juga merupakan seorang yang berfikiran kreatif dan memiliki idea yang sangat baik. Sebagai contoh, filem ‘The Raid 2’ arahan Gareth Evans dan beliau juga merupakan penulis skrip cerita tersebut. Dalam Undang-undang Kesatuan Eropah, pengarah filem dianggap sebagai ‘Pengarang’ atau salah satu daripada penulis filem, yang sebahagian besarnya sebabnya adalah daripada pengaruh teori ‘auteur’.  Teori auteur adalah kritikan konsep-konsep filem menegaskan bahawa seseorang pengarah filem itu telah mencerminkan visi kekreatifannya di dalam sesebuah filem yang dijayakannya, seolah-olah mereka adalah pengarang ataupun eutor utama. Menurut Mark Bielak, yang merupakan seorang pengarah Radio dan Television di Maine Township High School South, dalam bukunya yang berjudul ‘Television Production Today, yang diterbitkan pada tahun 1995, “dalam televisyen, hubungan antara pengarah dan kru mereka serta sifat tanggungjawab mereka berbeza daripada dalam teater dan radio”.  Hal ini kerana tugas sebagai seorang pengarah filem lebih berat berbanding dengan tugas pengarah sesuatu produksi teater ataupun radio.

Sesetengah pengarah filem bermula sebagai penulis skrip, pengedit filem atau pelakon.  Manakala, ada juga dikalangan pengarah filem yang lain telah menjalani latihan yang khusus di dalam sesebuah institusi pengajian mengenai bidang perfileman. Sebagai contoh penyediaan, senarai pergambaran dan jalan cerita, blocking atau penutupan ruang, protokol untuk berurusan dengan pelakon profesional dan juga membaca skrip.  Selain kemahiran teknikal dan logistik asas, pelajar juga menerima pendidikan mengenai sifat hubungan profesional yang berlaku semasa pengeluaran filem. Dengan adanya titik permulaan ini, para pelajar akan terdedah lebih awal lagi tentang ilmu yang berkenaan dengan bidang perfileman.  Perkara ini juga antara sebab munculnya pengarah-pengarah muda yang berbakat dan mampu menghasilkan filem yang kreatif.
Menjadi seorang pengarah bukanlah suatu proses yang mudah.  Ianya memerlukan pengalaman yang luas dan memiliki daya pemikiran yang tinggi.  Hakikatnya, kebanyakan pengarah yang ada bermula daripada bawah, dan semestinya setiap pengarah mengalami pelbagai pengalaman yang mendidik mereka supaya berjaya dan hebat dalam bidang pengarahan dan pembuatan filem.

Seterusnya, tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh seorang pengarah adalah sesuatu yang agak rumit kerana setiap syarikat produksi dan pengarah mempunyai pemahaman yang berlainan tentang konsep jawatan seorang pengarah. Walaubagaimanapun, pengarah mempunyai tanggungjawab dan menjadi orang penting dalam sesuatu produksi. Antara tugas-tugas seorang pengarah adalah menterjemahkan penulisan skrip kepada visual dalam sebuah filem atau merealisasikan wawasan keseluruhan seni ke dalam filem. Seorang pengarah haruslah mempunyai kebolehan untuk memahami skrip disediakan kerana ianya harus divisualkan ataupun dilakonkan.  Perkara ini bergantung dengan kebolehan atau kehebatan pengarah itu sendiri.  Terkadang, ada pengarah yang menulis skripnya sendiri kerana ia membuatkan mereka lebih mudah untuk menterjemahkan skrip itu kepada bentuk visual ataupun lakonan.

          Selain itu, seorang pengarah juga bertanggungjawab melatih para pelakon dan mengarah mereka ke arah persembahan lakonan yang terbaik dan merancang serta memantau staf produksi di dalam set.  Pengarah mempunyai kuasa penuh di dalam sesebuah produksi filem.  Pengarah juga mempunyai kuasa untuk menggugurkan mana-mana kru ataupun pelakon bergantung dengan kualiti kerja yang mereka jalankan. Pengarah juga berperanan untuk memastikan waktu jadual ditepati.  Hal ini bergantung dengan pengarah itu sendiri untuk menetapkan jadual.  Pengarah juga boleh membatalkan sesuatu jadual mengikut kuasa yang ada padanya.  Jadual disusun sendiri oleh seseorang pengarah.  Begitu juga dengan lokasi pengambaran.  Pengarah sendiri yang akan menetapkan lokasi pengambaran serta masa pengambaran akan dijalankan, sama ada pada waktu siang ataupun pada waktu malam.
 Selain daripada itu, setiap pengarah juga harus memelihara kualiti sinematografi dan aspek teknikal.  Perkara ini penting bagi mengelakkan sebarang masalah muncul sepanjang tempoh produksi atau pengambaran dijalankan.
Pengarah juga harus mengawal kandungan dan aliran plot filem itu seperti yang ditakrifkan oleh layar.  Selain itu, pengarah juga berperanan mengarah persembahan pelakon, kedua-dua mekanikal dengan meletakkan mereka dalam kedudukan yang tertentu (tanpa menyekat), dan secara mendadak dengan memperlihatkan pelbagai emosi yang diperlukan.
 Menyusun dan menetapkan lokasi di mana filem itu akan digambarkan ke layar juga merupakan tanggungjawab seorang pengarah.  Tugas dan peranan pengarah amatlah penting dan utama selain menguruskan butir teknikal seperti kedudukan kamera, penggunaan lampu, dan masa kandungan soundtrack untuk filem itu.  Apa-apa aktiviti lain yang mentakrifkan atau menyedari wawasan artistik pengarah akan diterjemahkan untuk filem.

Secara padatnya, pengarah mewakili segala bentuk idea serta gambaran beliau melalui tenaga kerjanya iaitu krew dan pelakon.  Sebagai contoh, pengarah boleh menggambarkan mood dia atau apa yang dia mahukan dari tempat kejadiaan, maka tinggalkan ia kepada ahli-ahli lain atau krew filem untuk mencari lokasi yang sesuai ataupun untuk menubuhkan pencahayaan yang sesuai. Secara keseluruhannya, tugas sebagai seorang pengarah amatlah padat dan berat.  Menjadi seorang pengarah yang menjalankan semua tugas-tugas tersebut bukanlah mudah.  Iannya memerlukan bantuan daripada individu lain.  Kesimpulannya, setiap pengarah yang berjaya menghasilkan filem boleh dianggap suatu kejayaan buat dirinya kerana berjaya menyelesaikan atau menjayakan sesebuah produksi atas arahannya sendiri.  

RUJUKAN

Alain perak dan Elizabeth Ward. Pasukan Pengarah Filem-kanak: Satu Panduan Praktikal untuk Pengurus Pengeluaran, Penolong Pengarah, dan Semua Filmmakers (Los Angeles: Silman-James, 1992)
Edward Pincus. Buku Panduan pembikin filem ini (New York: Plume, 1999)
Steven D. Katz. Pengarahan filem Shot oleh Shot (Studio City, CA: Wiese, 1991)
Zairul Anuar Md. Dawam. Skrip Ke Skrin. (Kota Kinabalu: Sabah, 2010)

MOHAMAD AZIZUL BIN IBRAHIM
(BC13110078)

Monday, May 30, 2016

Sajak : Sehebat Sahabat

Duhai sahabat...
Aku ingin menjadi sehebatmu,
Aku ingin menjadi setabahmu,
Pandulah aku sekuatmu sahabat,
Bimbinglah aku menuju jannah bersamamu.

Duhai sahabat...
Sahabat gengamlah ukhwah ini,
Semoga ukhwah yang terjalin kemas tidak terputus,
Semoga kasih yang kita tanam diberkati Tuhan.

Duhai sahabat...
Saat aku sedang terlena dengan cinta duniawi,
Bibirmu lembut mengingati Ilahi,
Saat aku khayal dengan godaan nafsu serangkah,
Bibimu lembut menasihati pembalasan Tuhan,
Tanganmu  sentiasa mengangkat meminta pertolongan ilahi,
Sungguh aku kagum dengan ketegasanmu yang sering membina.

Duhai sahabat...
Sesalku tidak terkata,
Sewaktu dulu aku mencarik sekeping hatimu,
Engkau tidak pernah mencurahkan minyak kedalam api kepanasanku.

Duhai Sahabat...
Pesanan yang tidak jemu kau kirimkan aku ingati,
Pesananmu sentisa menyentuh tangkal hatiku,
Sungguh aku menyayangimu kerana Allah,

Sungguh aku mencintaimu kerana Allah.


AMIR AKRAM BIN ABDULLAH
BC13110016

PANTUN KASIH

Makan bersila ditepi pantai,
Sambil melihat budak dititi,
Anak dara jangan diintai,
Berdebar nanti si jantung hati.

Anak cina makan berdiri,
Mukanya putih gigi bersemi,
Anak perantau pandai berdikari,
Boleh dibuat bakal suami.

Berjalan-jalan bahu berselisih,
Berselisih dengan anak teruna,
Diri hamba jangan disisih,
Tak lihat kanda serba tak kena.

Sambil menyelam mencari mutiara,
Perlu malawan arus bergelora,
Budi kekanda diterima suka,
Senyuman diberi salam diterima.

Memetik bunga berhati-hati,
Terkena duri berdarah tak henti,
Dari mata turun kehati,

Sayang abang sampai ke mati.



AMIR AKRAM BIN ABDULLAH
BC13110016

Thursday, May 26, 2016

Budu selero Mek Awe Kelate (Budu selera anak kelantan)






Gambar hiasan : Budu 


Orang Kelantan tidak boleh dipisahkan dengan budu, pergi ke pelusuk dunia sekalipun tetap budu menjadi pujaan hati.. budu merupakan penyedap makanan bagi orang Kelantan..budu yang paling digemari adalah budu cap ketereh.. budu akan dimakan bersama nasi putih yang panas, ikan rebus, ikan kering dan ulam-ulaman.. Budu juga digunakan dalam masakan iaitu masakan singgan ikan, bubur lambuk, nasi kerabu dan sebagainya. Budu juga digunakan sebagai pencicah atau disebut “colek” untuk dimakan dengan buah-buahan seperti buah manga, jambu, buah celagi dan sebagainya.


p/s : Ramuan budu (budu + lada + limau nipis + tempoyak+ bawang merah(dihiris-hiris )+ mangga (dihiris nipis) pasti nasi ditambah dua tiga kali jika dimakan bersama budu.

-Cik Gula-

NORFADILLA BT MOHAMAD
BC13110131