Pemilik "Restoran D’ Saiful" di negeri SABAH.
assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada pagi ini admin ingin mengongsi sedikit tentang latar belakang pemilik restoran D' Saiful yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Harap apa yang dikongsi dapat dijadikan tauladan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang masih belajar di IPTA/IPTS.
Saiful atau nama sebenar Mohammad Sarifudin Bin Othman berumur 24 tahun dilahirkan pada 29/4/1991 di hospital Machang, Kelantan. Saiful dibesarkan dalam keluarga yang sederhana iaitu anak kepada seorang perniaga ikan manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Saiful merupakan anak yang ke empat daripada sembilan orang adik beradik dan hanya beliau yang minat dalam bidang perniagaan jika dibandingkan dengan adik beradiknya yang lain. Mendapat pendidikan awal di Taska Nurul Iman di Tanah Merah Kelantan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Rendah Machang satu dan meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Machang Kelantan.
Betul kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan ini dapat dilihat dalam diri Saiful kerana semakin dewasa minat dalam bidang perniagaan dalam diri beliau semakin kuat apabila semasa beliau darjah empat beliau sudah mula berniaga. Walaubagaimanapun, setiap perniagaan yang beliau lakukan semasa kecil tidak pernah mendapat persetujuan daripada ibu bapa beliau kerana cita-cita bapa beliau ingin melihat Saiful belajar dan mendapat pekerjaan yang lebih berjaya. Beliau tetap patuh kepada kedua ibu bapa beliau, tetapi selepas tamat sahaja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berasa bosan jika tidak bekerja dan beliau telah meminta kerja yang berhampiran dengan rumahnya.
Semasa beliau datang ke negeri Sabah pada tahun 2012 pada mulanya hanya untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif tetapi sebaliknya apabila di dalam diri seorang lelaki muda itu telah menanam hasrat untuk membuka restoran di negeri bawah bayu. Semasa belajar di UMS, beliau mula mengatur perancangan untuk membuat perniagaan di bumi Sabah dan hasil kerajinan yang pertama beliau ialah, beliau dapat membuka gerai di kafe AB iaitu sebuah kafe yang terletak di dalam UMS. Sehingga kini, pada tahun 2016 beliau berjaya membuka 2 buah restoran sendiri di Bumi Sabah dengan meletakkan nama restoran tersebut sebagai “ RESTORAN D’ SAIFUL ”.

AMIR AKRAM BIN ABDULLAH