-WYNN-
Kebiasaannya apabila seseorang itu menghadapi sebarang tekanan atau
tegangan pada diri, mereka akan melakukan beberapa cara untuk mereka melepaskan
ketegangan seperti bermeditasi, melakukan aktiviti seperti yoga dan ada
sesetengahnya akan pergi melancong. Akan tetapi, terdapat cara lain untuk untuk
mengurangkan stress iaitu dengan memelihara haiwan seperti kucing mahupun
anjing. Haiwan kesayangan ini juga bukan sahaja mampu menghilangkan stress
malah haiwan kesayangan mampu untuk menjadi peneman dalam kehidupan seharian
kita.
Haiwan Kesayangan Mampu Meningkatkan
Mood Anda!
Amat mustahil untuk mood anda kekal dalam keadaan tidak baik jika haiwan
kesayangan berada di sisi anda. Seperti kucing, mereka ini dapat memahami
mengenai perasaan anda. Jika anda sedang berada dalam keadaan mood yang tidak
baik, apabila kucing mahupun anjing perliharaan anda datang mendekati anda
ianya mampu untuk membaiki mood anda. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa
apabila seseorang yang menghidapi AIDS mempunyai haiwan kesayangan, kemurungan
yang ada di dalam diri mereka akan berkurangan.
Haiwan Kesayangan Mampu
Mengawal Tekanan Darah Lebih Baik Daripada Menggunakan Dadah!
Ubat-ubatan sememangnya mampu untuk mengurangkan tekanan darah seseorang
akan tetapi sebaliknya apabila menghadapi tegangan. Mereka yang mempunyai
haiwan peliharaan di rumah mampu untuk mengawal tegangan. Dan daripada
pengawalan tegangan yang baik, ianya berkait rapat dengan naik turunnya tekanan
darah seserorang itu. Ianya dapat dikawal tanpa menggunakan sebarang
ubat-ubatan.
Haiwan Kesayangan Mendorong
Anda Untuk Keluar dan Bersenam!
Bagi mereka yang membela haiwan kesayangan seperti anjing dan kucing yang
tinggal di kawasan rumah yang bertingkat ini mereka akan lebih terdorong untuk
membawa haiwan peliharaan mereka keluar berjalan pada setiap petang. Secara
tidak langsung, anda akan menghabiskan lebih banyak masa berjalan berbanding
dengan orang yang tidak memelihara haiwan peliharaan.
Haiwan Kesayangan Akan
Mengurangkan Kesepian!
Haiwan kesayangan yang anda pelihara di rumah tidak akan membiarkan anda
bersendirian dalam caranya yang tersendiri. Mereka ini akan sentiasa menemani
anda jika anda tidak mengurung mereka. Haiwan kesayangan anda mampu untuk
membuatkan anda selesa dengan cara mereka tersendiri berbanding dengan manusia.
Mereka ini merupakan penawar yang terbaik bagi sesiapa yang mengalami
ketegangan. Anda mampu untuk melupakan sementara mengenai masalah anda jika
haiwan kesayangan anda di sisi. Sesiapa yang membela haiwan kesayangan tidak
akan mengalami masalah kesunyian. Terdapat juga segelintir manusia yang
mendapat sokongan yang kurang daripada manusia, tetapi jangan risau kerana
haiwan kesayangan anda akan sentiasa berada di samping anda walaupun anda tidak
diterima oleh masyarakat.
Haiwan Kesayangan Mampu
Untuk Mengurangkan Stress Kadangkala Lebih Baik Daripada Manusia!
Apabila kita mempunyai sebarang masalah yang mampu membuatkan seseorang itu
mengalami ketegangan, bercakap dengan seseorang mengenai masalah yang kita
hadapi merupakan salah satu cara untuk mengurangkan ketegangan itu. Terdapat
kajian yang menunjukkan bahawa menghabiskan masa bersama haiwan kesayangan
lebih baik daripada bercakap dengan manusia.
Sangat penting untuk mengetahui bahawa membela haiwan kesayangan bukanlah
bersesuain untuk semua orang. Penjagaan haiwan kesayangan ini akan bakal
menambahkan lebih tanggungjawab seseorang. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai
faedah jika membela haiwan kesayangan. Dengan adanya haiwan kesayangan sebagai
sahabat, ini terbukti mampu untuk mengurangkan stress serta memberi dorongan
kepada anda apabila menghadapi masa yang sukar.
ADAWIYA BINTI ADANAN
BC13110003
No comments:
Post a Comment