Friday, March 18, 2016

Perjalanan Hidup



Perjalanan hidup masih panjang
penuh  dengan cebisan kaca dan onak duri
harus  ditempuhi dengan  cermat dan teliti
agar tidak mudah terpijak kaca dan duri
mengeluarkan  luka pedih pada diri

Perjalanan hidup
ketika mula mengenal tawa hilai
Ku sangka hidup ini mudah
semudah menggapai bintang di langit
pejam mata dan gapai
Ohh…  Indahnya khayalan
Apa yang difikir, itu yang dibayangkan
Semudah  ABC, 123, Alif Ba Ta

Rupanya Sangkaanku meleset
Perjalanan hidup masih panjang

Sesudah menginjak remaja
Diri tersedar daripada khayalan
Hidup ini tidak semudah ucapan ABC, 123, Alif Ba ta
Ujian di depan penuh onak berduri
Perlu jalani dengan hati-hati
Supaya duri tidak mudah tertusuk diri

Pabila menginjak dewasa
Diri  ini mula mengerti
Ujian hidup harus ditempuhi
Kerna diri ini telah memahami
Huruf ABC ada penyambungnya…
Selepas angka 123, berjuta nombor bakal menyusul…
Dan “Sa, jim, Ha, Kho penyambung  “Alif  Ba Ta”…

Perjalanan hidup…
Tidak semudah ABC, 123, Alif Ba Ta

-CikGula-


 NORFADILLA BT MOHAMAD
(BC13110131)


No comments:

Post a Comment