Monday, May 30, 2016

Sajak : Sehebat Sahabat

Duhai sahabat...
Aku ingin menjadi sehebatmu,
Aku ingin menjadi setabahmu,
Pandulah aku sekuatmu sahabat,
Bimbinglah aku menuju jannah bersamamu.

Duhai sahabat...
Sahabat gengamlah ukhwah ini,
Semoga ukhwah yang terjalin kemas tidak terputus,
Semoga kasih yang kita tanam diberkati Tuhan.

Duhai sahabat...
Saat aku sedang terlena dengan cinta duniawi,
Bibirmu lembut mengingati Ilahi,
Saat aku khayal dengan godaan nafsu serangkah,
Bibimu lembut menasihati pembalasan Tuhan,
Tanganmu  sentiasa mengangkat meminta pertolongan ilahi,
Sungguh aku kagum dengan ketegasanmu yang sering membina.

Duhai sahabat...
Sesalku tidak terkata,
Sewaktu dulu aku mencarik sekeping hatimu,
Engkau tidak pernah mencurahkan minyak kedalam api kepanasanku.

Duhai Sahabat...
Pesanan yang tidak jemu kau kirimkan aku ingati,
Pesananmu sentisa menyentuh tangkal hatiku,
Sungguh aku menyayangimu kerana Allah,

Sungguh aku mencintaimu kerana Allah.


AMIR AKRAM BIN ABDULLAH
BC13110016

PANTUN KASIH

Makan bersila ditepi pantai,
Sambil melihat budak dititi,
Anak dara jangan diintai,
Berdebar nanti si jantung hati.

Anak cina makan berdiri,
Mukanya putih gigi bersemi,
Anak perantau pandai berdikari,
Boleh dibuat bakal suami.

Berjalan-jalan bahu berselisih,
Berselisih dengan anak teruna,
Diri hamba jangan disisih,
Tak lihat kanda serba tak kena.

Sambil menyelam mencari mutiara,
Perlu malawan arus bergelora,
Budi kekanda diterima suka,
Senyuman diberi salam diterima.

Memetik bunga berhati-hati,
Terkena duri berdarah tak henti,
Dari mata turun kehati,

Sayang abang sampai ke mati.



AMIR AKRAM BIN ABDULLAH
BC13110016

Thursday, May 26, 2016

Budu selero Mek Awe Kelate (Budu selera anak kelantan)






Gambar hiasan : Budu 


Orang Kelantan tidak boleh dipisahkan dengan budu, pergi ke pelusuk dunia sekalipun tetap budu menjadi pujaan hati.. budu merupakan penyedap makanan bagi orang Kelantan..budu yang paling digemari adalah budu cap ketereh.. budu akan dimakan bersama nasi putih yang panas, ikan rebus, ikan kering dan ulam-ulaman.. Budu juga digunakan dalam masakan iaitu masakan singgan ikan, bubur lambuk, nasi kerabu dan sebagainya. Budu juga digunakan sebagai pencicah atau disebut “colek” untuk dimakan dengan buah-buahan seperti buah manga, jambu, buah celagi dan sebagainya.


p/s : Ramuan budu (budu + lada + limau nipis + tempoyak+ bawang merah(dihiris-hiris )+ mangga (dihiris nipis) pasti nasi ditambah dua tiga kali jika dimakan bersama budu.

-Cik Gula-

NORFADILLA BT MOHAMAD
BC13110131

Hilangkan Jerawat dengan Gincu






gambar hiasan : Gincu



Hari ni Cik Gula nak kongsi tips hilangkan jerawat sikit.. senang dan mudah untuk diamalkan. hanya memerlukan gincu, yap gincu :).. kaum hawa x perlu habiskan duit banyak untuk produk-produk mahal.. just letakkan gincu di tempat jerawat tu dan tunggu hasilnya dalam dua tiga hari..comfirm kecut jerawat tu..

p/s : mungkin ada yang dah tau petua ni dan mungkin ada yang belum tau. so pada yang belum tau tu, anda boleh cuba ok dan tengok perubahan dalam masa 3 hari.. dan satu lagi kalau kawan kawan nak tau, jerawat ni takut pada  gincu so gunakanlah gincu tu sebaik-baiknya..

-Cik Gula-

NORFADILLA BT MOHAMAD
BC13110131

Wednesday, May 25, 2016

14 Makanan Harian Kita Yang Boleh Diberi Kepada Haiwan Kesayangan!

-WYNN-

Ikan salmon
Sumber gambar: Google
Bayam
Sumber gambar: Google
Telur
Sumber gambar: Google
Ayam
Sumber gambar: Google

Pisang

Sumber gambar: Google
Oatmeal
Sumber gambar: Google
Labu
Sumber gambar: Google
Keju
Sumber gambar: Google
Roti
Sumber gambar: Google
Epal
Sumber gambar: Google
Beri biru
Sumber gambar: Google
Kacang pis

Sumber gambar: Google
Daging ayam belanda 
Sumber gambar: Google
Adawiya Binti Adanan
BC13110003

Haiwan Kesayangan Sebenarnya Menyayangi Anda!

-WYNN-
Seperti yang kita sedia maklum, kucing menghabiskan kebanyakkan dari 70% masa mereka untuk tidur. Masa mereka berjaga, mereka akan sentiasa membersihkan badannya dengan cara menjilat badannya sendiri. Namun, mereka tidak hanya menjilat badan mereka sendiri. Mereka akan menjilat tubuh kawan mereka yang lain bahkan menjilat anda. Apabila kucing itu menjilat anda ini bermakna dia menyayangi anda!

Apabila kucing mengelipkan matanya dengan perlahan kepada anda itu juga merupakan salah satu cara untuk mereka menyampaikan bahawa mereka menyayangi anda. Kebanyakkan orang tidak menyedari akan hal sebegini.
Pernahkah kucing anda berusaha keras untuk menggesel kepada anda? Itu merupakan tanda bahawa mereka sangat menyayangi anda.
Apabila anda pulang dan terlihat ada bangkai tikus, cicak mahupun ular di hadapan pintu rumah anda, itu merupakan hadiah buat anda dari kucing kesayangan anda kerana mereka mengganggap bahawa barang yang mereka bawa itu adalah satu hadiah istimewa buat anda.

Apabila seekor kucing berguling dan menampakkan perutnya buat anda maka mereka mempercayai dan anda merupakan orang yang penting buat mereka. Kucing tidak akan melakukan perkara itu di alamnnya kerana mereka akan mudah diserang. 

Adawiya Binti Adanan
BC13110003

Khasiat Cuka Epal Pada Kucing

-WYNN-
Sumber gambar: Google

Cuka Epal atau Apple Cider Vinegar (ACV) amat berguna dalam kehidupan seharian seperti menurunkan berat badan, batuk, serta melancarkan perjalanan darah. Khasiatnya pada kucing? Terdapat beberapa rawatan alternatif yang tradisional dalam menangani masalah pada kucing. Antaranya adalah

Merawat Kurap/Masalah Kulit: Dengan menggunakan kapas campurkan cuka epal dengan nisbah air yang sama dan sapukan pada kawasan yang berkenanan. Lakukan 2x sehari selama seminggu.

Jangkitan Saluran/Pundi Kencing: Kucing jantan selalunya akan mengalami masalah ini. Jika mereka kerap ke tempat buangan akan tetapi air kencing yang dikeluarkan sedikit maka ia mempunyai masalah dengan saluran pundi kecing. Pemilik kucing harus berhenti dari memberi makanan kering ataupun kibbles. Anda boleh mencampurkan 1 sudu teh cuka epal pada makanan basah buat kucing anda. Jika kucing anda masih tidak mengeluarkan kencing maka anda harus segera membawanya ke vet.

Rawatan Kutu dan Pinjal: Kebiasaanya kutu yang terdapat pada kucing akan dibunuh dengan menggunakan bahan kimia yang amat memudaratkan. Sebagai alternatif lain, kita boleh menggunakan syampu buatan sendiri iaitu dengan menggunakan cuka epal. Hanya dengan menggunakan syampu yang anda guna buat kucing, 10 titik minyak tea tree, 1 sudu teh, aloe vera dan goncang supaya sebati. Syampu seperti biasa dan biarkan selama 6-10 minit. Bilasan terakhir itu dengan menggunakan 1 sudu besar cuka epal yang telah dicampurkan dengan 2 cawan air bersih. Ini mampu untuk meneuteralkan asid yang ada pada kulit kucing tersebut.

Menghilangkan Bau Kencing Kucing: Hanya tambah  ¼ cawan cuka epal bersama pencuci biasa dan bersihkan kawasan atau tempat yang terkena kencing kucing. Lakukan sebanyak 2x jika tempat tersebut telah menjadi 'favourite spot' kucing kesayangan anda. Apabila menggunakan cuka epal anda tidak digalakan untuk mencampurkan peluntur. 

Adawiya Binti Adanan
BC13110003

Sang Perindu Syurga

Bonda,
Penyejuk mata
Pendamai hati kesedihan,
Menghilang resah segala gundah

Bonda,
Hati menjadi sayu tatkala terkenangkan Mu,
Mengharapkan peluk kasih sayang Mu,
menghilangkan sayu dihati

Bonda,
Bagaikan satu cahaya keindahan,
Sentiasa menemani hidupku,
Tanpa rasa lelah dan jemu

Bonda,
Menangis hiba hati ini merindui Mu,
Pada siapa harus Ku luahkan rasa ini,
Tidak sanggup ku menanggung seorang diri,
Diri ku hanya insan yang kerdil

Bonda,
Hanya doa yang mampu ku hulurkan untuk mu,
Sebagai pengubat rindu ku untuk mu,
Hanya bacaan suci al-Quran yang dapat ku sedekahkan,

Sebagai bukti cinta ku pada mu ibu.

-Cik Gula-

NORFADILLA BT MOHAMAD
BC13110131

PANTUN NASIHAT

Pergi ke kota naik beca
Naik beca di Kota Tinggi
Kita perlu rajin membaca
Agar diri dipandang tinggi

Pulang ke kampung melawat datuk
Melihat muka putih berseri
Ilmu perlu di tuntut
Untuk berjaya di kemudian hari

Makan ayam dengan lada
Rasa pedas enak sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Minum air dalam gelas
Makan bersama ikan duri
Jangan kita bersikap malas
Nanti binasa diri sendiri

Lama bersembang di pokok jati
Sambil memegang daun selasih
Jauhkan sifat iri hati
Agar hati sentiasa bersih

-Cik Gula-

NORFADILLA BT MOHAMAD
BC13110131

Monday, May 23, 2016

10 Fakta Mengenai Kucing Yang Selama Ini Tidak Diketahui!

-WYNN-

1. Kencing kucing akan bercahaya apabila diletakkan pada cahaya x-ray.
2. Kucing betina mampu untuk melahirkan 100 ekor anak kucing berlainan bapa sepanjang usianya.
3. Kucing telah memburu sebanyak 33 spesis sehingga pupus. 
4. Kucing tidak suka meminum air yang berada berdekatan dengan bekas makanan mereka.
5. Tulang bahu kucing tidak bersambung dengan tulang yang lain.

6. Kucing jantan yang tidak disunatkan akan tumbuh ratusan duri.

7. Kucing tidak akan ber ‘miow’ sesama kucing.
8.Kucing hanya akan ‘miow’ pada manusia sahaja.
9. Kucing akan tidur selama 16 jam sehari.

10. Kucing akan menghabiskan masa dengan menjilat bulu mereka apabila mereka berjaga. 

Adawiya Adanan
BC13110003