Wednesday, May 25, 2016

Haiwan Kesayangan Sebenarnya Menyayangi Anda!

-WYNN-
Seperti yang kita sedia maklum, kucing menghabiskan kebanyakkan dari 70% masa mereka untuk tidur. Masa mereka berjaga, mereka akan sentiasa membersihkan badannya dengan cara menjilat badannya sendiri. Namun, mereka tidak hanya menjilat badan mereka sendiri. Mereka akan menjilat tubuh kawan mereka yang lain bahkan menjilat anda. Apabila kucing itu menjilat anda ini bermakna dia menyayangi anda!

Apabila kucing mengelipkan matanya dengan perlahan kepada anda itu juga merupakan salah satu cara untuk mereka menyampaikan bahawa mereka menyayangi anda. Kebanyakkan orang tidak menyedari akan hal sebegini.
Pernahkah kucing anda berusaha keras untuk menggesel kepada anda? Itu merupakan tanda bahawa mereka sangat menyayangi anda.
Apabila anda pulang dan terlihat ada bangkai tikus, cicak mahupun ular di hadapan pintu rumah anda, itu merupakan hadiah buat anda dari kucing kesayangan anda kerana mereka mengganggap bahawa barang yang mereka bawa itu adalah satu hadiah istimewa buat anda.

Apabila seekor kucing berguling dan menampakkan perutnya buat anda maka mereka mempercayai dan anda merupakan orang yang penting buat mereka. Kucing tidak akan melakukan perkara itu di alamnnya kerana mereka akan mudah diserang. 

Adawiya Binti Adanan
BC13110003

No comments:

Post a Comment