-WYNN-
![]() |
Sumber gambar: Google |
Cuka Epal atau Apple Cider Vinegar (ACV) amat berguna dalam kehidupan
seharian seperti menurunkan berat badan, batuk, serta melancarkan perjalanan
darah. Khasiatnya pada kucing? Terdapat beberapa rawatan alternatif yang
tradisional dalam menangani masalah pada kucing. Antaranya adalah
Merawat Kurap/Masalah Kulit: Dengan menggunakan kapas campurkan cuka
epal dengan nisbah air yang sama dan sapukan pada kawasan yang berkenanan. Lakukan
2x sehari selama seminggu.
Jangkitan Saluran/Pundi
Kencing: Kucing jantan
selalunya akan mengalami masalah ini. Jika mereka kerap ke tempat buangan akan
tetapi air kencing yang dikeluarkan sedikit maka ia mempunyai masalah dengan
saluran pundi kecing. Pemilik kucing harus berhenti dari memberi makanan kering
ataupun kibbles. Anda boleh
mencampurkan 1 sudu teh cuka epal pada makanan basah buat kucing anda. Jika
kucing anda masih tidak mengeluarkan kencing maka anda harus segera membawanya
ke vet.
Rawatan Kutu dan Pinjal: Kebiasaanya kutu yang terdapat pada
kucing akan dibunuh dengan menggunakan bahan kimia yang amat memudaratkan.
Sebagai alternatif lain, kita boleh menggunakan syampu buatan sendiri iaitu
dengan menggunakan cuka epal. Hanya dengan menggunakan syampu yang anda guna
buat kucing, 10 titik minyak tea tree, 1 sudu teh, aloe vera dan goncang supaya
sebati. Syampu seperti biasa dan biarkan selama 6-10 minit. Bilasan terakhir itu
dengan menggunakan 1 sudu besar cuka epal yang telah dicampurkan dengan 2 cawan
air bersih. Ini mampu untuk meneuteralkan asid yang ada pada kulit kucing
tersebut.
Menghilangkan Bau Kencing Kucing:
Hanya tambah ¼ cawan cuka epal bersama pencuci biasa dan
bersihkan kawasan atau tempat yang terkena kencing kucing. Lakukan sebanyak 2x
jika tempat tersebut telah menjadi 'favourite spot' kucing kesayangan anda.
Apabila menggunakan cuka epal anda tidak digalakan untuk mencampurkan peluntur.
Adawiya Binti Adanan
BC13110003
BC13110003
No comments:
Post a Comment