Tuesday, June 7, 2016

BUSINESS CIK LISA

Assalamualaikum semua

Hari ini cik Lisa ingin berkongsi tentang bussiness cik lisa. Sebenarnya dari kecil masa darjah 4 lagi Cik Lisa dah mula berniaga, masa tu Cik Lisa jual pemadam, pembaris,pisau lipat dan gula-gula. Lepas tu masa tingkatan 4 Cik Lisa ikut kakak Cik Lisa menjual kat bazar ramadan, Dalam masa yang sama, Cik Lisa jual Onedrop Perfume masa tu famous la perfumes tu sebab halal kan tapi disebabkan perfumes tu selalu pecah dan Cik Lisa banyak mengalami kerugian jadi Cik Lisa pun stop la buat bussiness tu. Masuk universiti plak, masa semester 1 Cik Lisa join satu pelaburan ni tetapi tak sempat dapat untung  orang tu dah hilang dalam radar. Erm tu la siapa suruh nak kaya cepat tanpa fikir panjang, kan dah rugi,heheh. Masuk semester 2 cik lisa join satu perniagaan ni nama dia PHYTOSCIENCE, lebih rm2000 cik lisa habiskan untuk bussiness ni tapi sebab cik lisa ni tak pandai nak promot, cik lisa terus stop buat bussiness tu. Langsung tak dapat untung,kalau stok produk tu ada dengan cik lisa, cik lisa bagi free jew kat orang sebab xpandai nak pujuk orang beli produk tu.heheh Kalau orang yang jenis pandai cerita and tarik orang untuk beli produk dia boleh pergi jauh dengan produk tu, sekarang pun phytoscience dah melebarkan sayap ke banyak negara dah cuma cik lisa je memilih tak nak teruskan. Semester 3 cik lisa guna duit PTPTN untuk beli tab, tapi sebab kurang dekatkan diri dengan Allah n asyik sibuk dengan tab tu jew, Allah bagi cik lisa guna kejap je tab tu lepas tu rosak. Lain kali jangan pentingkan dunia je INGAT ALLAH dulu baru fikir benda lain k...Semester 4 pula cik lisa guna duit PTPTN cik lisa untuk berniaga keropok dari Kelantan di UMS dan jual top4. Keropok tu cik lisa tinggal kat tangga jadi sesiapa yang nak beli dia boleh ambik dan letakkan duit kat bekas yang cik lisa sediakan. Biasa la sibuk dengan kelas jadi cara tu jew yang ada untuk berniaga. Bukan cik lisa je yang buat macam tu ramai student lain pun buat macam tu, Tapi malangnya masih ada orang yang tidak jujur, keropok cik lisa banyak yang hilang dan duit pun makin berkurang, tapi tak pe lah cik lisa halalkan je sesiapa yang terambik kerompok tu. So jual keropok tu pun separuh jalan je sebab cik lisa malas nak urus pasal pos keropok tu lagi. Jual top4 best, ramai yang akan ketuk bilik cik lisa untuk cari top4 so cik lisa tak perlulah nak bersusah payah nak cari pelanggan. Sampai sekarang cik lisa masih jual top4 tapi tak berapa nak aktif sangat sebab bagi peluang kat kawan-kawan sekelas lain yang jual pulak. Semester 6 pulak cik lisa jual nasi. Walaupun tak boleh masak dalam asrama, tetapi cik lisa redah je biasalah nak hidup so kena pandai-pandai la. Nasib baik masa cik lisa masak tu tak ada spotcheck kalau tak abislah cik lisa..Cik Lisa cuma masak nasi dengan sayur je, lauk tu cik lisa beli siap-siap yang dah masak dan minta orang kedai tu packing siap untuk 15 bungkus. Cik Lisa jual nasi tu kat dalam fakulti je, pergi round semua blok seni dan Alhamdulillah ada jugak yang beli nasi Cik Lisa, dalam banyak-banyak business, Cik Lisa suka jual nasi ni tak tahu la kenapa mungkin sebab paling mencabar kot,hahaha. Semester 6 Cik Lisa jual iceblended, business ni berkongsi 4 orang. Kami menyewa di Alam Mesra dengan rm25 sehari. Tetapi business ni pun tak kekal lama sebab Cik Lisa dan rakan kongsi Cik Lisa semuanya terlalu busy dengan assigngment dan kerja-kerja lain, jadi business tu pun stop la. Lepas business ice blended tak jalan, cik lisa pun mula jinak-jinakkan diri dengan dropship beg dan jam tangan. Setakat ni Cik Lisa masih kekal dengan dropship la. Doakan Cik Lisa jadi jutawan dan usahawan muda yang suka bersedekah di Jalan Allah yea. Cik Lisa pun doakan agar anda semua dimurahkan rezeki dan lebih mendekatkan diri dengan Allah. Assalamualaikum.


NURLISA SHAHADA MOHAMAD
BC13110155

SEHARIAN BERSAMA DBKK


Cik Lisa ditugaskan untuk membuat slot Dirty dalam dokumentari yang Cik Lisa buat. Jadi Cik Lisa memilih untuk merakam rutin harian pekerja di bahagian sisa pepejal  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu( DBKK). Pada Cik Lisa, maksud dirty itu sangat luas dan bukan merujuk kepada pekerjaan kotor seperti pelacuran atau sindiket dadah. Dirty yang Cik Lisa maksudkan ialah pekerjaan yang kurang dipilih oleh warga tempatan disebabkan bau yang busuk dengan sampah yang bertimbun dan gaji yang agak sedikit. Dalam dokumentari yang Cik Lisa dan 2 orang lagi sahabat Cik Lisa buat tu adalah untuk membongkar sebab warga tempatan yang kurang memilih pekerjaan tersebut. Pada jam 7 pagi lagi, Cik Lisa, Kak Jacinta, Aishah dan Fairus mula bergerak ke tempat berkumpulnya pekerja sisa pepejal  untuk melakukan pengambaran. Setelah semua siap, Cik Lisa naik dalam lori DBKK dan 3 orang sahabat Cik Lisa tu menaiki kereta yang kami sewa khas untuk pengambaran ini. Seharian kami mengikut lori DBKK untuk merakam rutin harian pekerja-pekerja tersebut. Lebih dari 30 buah tempat setiap hari mereka perlu singgah  untuk memungut sampah.  Walaupun bau busuk sampah menusuk hidung kami ,namun Cik Lisa tidak sampai hati untuk menutup hidung di depan pekerja-pekerja sisa pepejal tersebut. Cik Lisa sangat kagum dengan mereka yang kerana tabah untuk mencari rezeki. Walaupun baru sahaja kenal dengan mereka, namun mereka sangat baik hati dan merendah diri. Walaupun Cik Lisa merupakan mahasiswi universiti, tetapi         Cik Lisa sangat suka berkawan dengan pekerja-pekerja bawahan ini sebab mereka lebih jujur dalam percakapan dan merendah diri. Cik Lisa pun selesa bercakap dengan mereka. Setelah habis memungut sampah di tempat yang telah ditetapkan, kami mula bergerak ke tempat pelupusan sampah. Semasa tiba di tempat pelupusan sampah itu, Cik Lisa dimarahi kerana membuat pengambaran tanpa kelulusan dari tempat pembuangan sampah tersebut. Macam-macam staf sana maki hamun Cik Lisa dan ugut Cik Lisa tetapi nasib baik pekerja DBKK yang naik lori bersama Cik Lisa tadi tolong beri penjelasan kepada pihak pelupusan sampah itu bagi pihak Cik Lisa. Sebenarnya Cik Lisa sudah mendapat kelulusan untuk melakukan pengambaran bersama DBKK, namun Cik Lisa tidak pula diberitahu untuk turut menyediakan salinan surat kebenaran kepada pihak pelupusan sampah tersebut. Setelah berbicang dengan elok  akhirnya, pihak pelupusan sampah itu membenarkan kami melakukan pengambaran. Cik Lisa sangat sedih melihat orang-orang yang kurang berkemampuan sangat gembira melihat kedatangan lori DBKK, ada diantara mereka mencari barang-barang yang masih boleh digunakan di tempat pelupusan sampah tersebut. Mereka masih boleh tersenyum melihat ada kamera yang merakam mereka sedangkan kami krew yang melakukan pengambaran terpaksa memakai mask sebab tidak tahan dengan bau sampah yang kuat di tempat pelupusan samapah. Apabila melihat mereka, Cik Lisa sangat bersyukur kerana masih mempunyai duit untuk membeli keperluan sedangkan mereka terpaksa mencari keperluan mereka di tempat pelupusan sampah. Setakat ini dulu coretan Cik Lisa, nanti ada masa Cik Lisa sambung menulis lagi ye

NURLISA SHAHADA MOHAMAD
BC13110155





PENGALAMAN PENGAMBARAN DI LADANG KELAPA SAWIT


Pada 12 April  2016, Cik Lisa bersama 2 orang sahabat Cik Lisa iaitu Kak Jacinta dan Fairus mula menaiki bas untuk bergerak ke Tawau untuk melakukan pengambaran di Ladang  Kelapa Sawit disana. Kami mula menaiki bas pada jam 7.30 malam dan tempat duduk kami betul-betul dekat dengan tempat duduk pemandu bas. Cik Lisa duduk bersebelahan dengan seorang perempuan dari Indonesia. Kami tidak banyak bercakap sebab akak tu penat jadi dia banyak tidur.

Pada mulanya Cik Lisa ok je naik bas tu, tapi bila bas dah melalui jalan yang bengkang bengkok Cik Lisa mula rasa pening dan wekkkkkkkss sebaldi jugaklah Cik Lisa muntah kat dalam tandas bas tu. Nasib baik bas tu ada menyediakan tandas kecil kalau tak habislah badan orang lain jadi mangsa muntah Cik Lisa.Hahaha. Ini kali pertama Cik Lisa dengar ada tandas dalam bas, kalau Semenanjung rasanya tak ada tandas dalam bas. Tapi tandas tu kecil je lah, boleh  buang air kecil je, kalau nak yak yak tu tak boleh la,hehehe. Lepas muntah tu barulah Cik Lisa rasa lega.

Pada jam 6.30 pagi keesokkan paginya kami semua sampai ke Tawau. Kami mencari masjid yang berdekatan untuk rehat sekejap sementara menunggu pensyarah kami datang jemput kami. Setelah beberapa jam menunggu akhirnya pensyarah kami En. Rosli Sareya datang menjemput kami, kesian dengan pensyarah kami terpaksa tergesa-gesa untuk menjemput kami sebab sebelum itu dia ada program lain. Pensyarah kami ada menelefon kami tapi sebab semua telefon dalam beg jadi ketiga-tiga kami tidak mendengar panggilan tersebut. Setelah berjumpa dengan kami, Encik Rosli ada memberitahu yang dia dah risau takut kami bertiga dah kena culik maklumlah kami bertiga baru kali pertama sampai ke Tawau. Sorry sir,buat sir risau je.Hahaha.


Petang tu jugak pensyarah kami Encik Rosli bawa kami semua pusing-pusing bandar Tawau dan bawa kami menginap di rumah adiknya Tuan Arsya dan kak Sam. Lepas berehat kejap, kami mula bergerak ke kawasan ladang dan berjumpa kami punya pelakon untuk ditemuramah. Petang tu kami cuma berlatih supaya pelakon kami tu tidak kekok bila kami temu ramahnya pada keesokan hari. Pelakon yang Cik Lisa maksudkan itu ialah pekerja-pekerja asing yang berkerja di Ladang KLK itu. Kami perlu menemuramah mereka dan merakam rutin pekerjaan mereka untuk dimasukkan dalam dokumentari kami.
Keesokkan harinya seawal jam 4.30 pagi lagi kami semua sudah bangun untuk pergi ke kawsan pengambaran. Tapi kami semua terlambat sedikit jadi kami banyak terlepas shot-shot yang menarik. Disana kami kami semua buat kerja masing-masing. Kak Jacinta dan Fairus pegang handycam untuk merakam rutin harian kesemua pekerja ladang kelapa sawit itu, manakala Cik Lisa pula bertugas bahagian LIGHTING. Oleh kerana hari sudah cerah jadi kami tidak memerlukan lighting sangat. Lepas tu kami mula bergerak ke ladang kelapa sawit menaiki motor sebab hanya motosikal sahaja yang boleh melalui ladang kelapa sawit. Pengalaman yang baru untuk Cik Lisa naik motor bersama Mandur ladang kelapa sawit dengan jalan yang berbukit-bukit. Rasa seronok mengenali pekerja-pekerja ladang kelapa sawit itu, mereka sangat meredah diri dan melayan kami semua dengan baik. Kami melakukan pengambaran sehinggalah lewat tengah hari. Sebelum balik tiba-tiba hujan turun dengan lebat, jadi terpaksa berteduh di bawah pokok kelapa sawit. Pekerja-pekerja tertawakan kami sebab nampak sangat kami kekok berteduh di bawah kelapa sawit. Cik Lisa pelik melihat pekerja-pekerja kelapa sawit tidak basah walaupun berteduh di bawah pokok kelapa sawit sedangkan kami bertiga ni basah kuyup.


 Lepas cuaca sudah baik sikit kami semua naik motor sekali lagi untuk pulang ke rumah Tuan Arsya. Lepas mandi, En Rosli dan Tuan Arsya mengajak kami semua makan kelapa muda yang ada di kawasan rumah Tuan Arsya, yang best nya kami bertiga dilayan macam tetamu kehormat plak. Hahah. Malam nya pula kami menjamu selera dengan masakan yang sedap daripada isteri Tuan Arsya iaitu Kak Sam. Cik Lisa dan Kak Jacinta juga sempat bermain-main dengan anak Tuan Arsya iaitu Alia, Alia baru berapa bulan tetapi cerdik tidak banyak karenah seperti bayi-bayi yang lain. Pada petang tarikh 14 April 2016, kami dihantar oleh En Rosli ke hotel di bandar Tawau sebab pengambaran pun dah habis jadi kami ambil peluang untuk jalan-jalan di bandar Tawau. Kami mula menaiki bas pada jam 7.30 malam untuk  pulang ke Kota Kinabalu pada hari keesokkkannya. Kali ni Cik Lisa tidak muntah sebab sebelah kerusi Cik Lisa ada abang hansome. Banyak yang kami berdua bualkan dan pada jam 12.00 tengah malam abang hansome tu ucap birthday Cik Lisa. Kebetulan 16 April merupakan birthday Cik Lisa jadi dia tiba-tiba jadi orang pertama yang ucap birthday Cik Lisa. Itu sahaja la kot pengalaman Cik Lisa semasa pergi ke ladang kelapa sawit. Nanti Cik Lisa sambung tulis lagi ye.

NURLISA SHAHADA MOHAMAD

BC13110155

PENGALAMAN KERJA



Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian. Kali ini Cik Lisa ingin bercerita tentang pengalaman kerja Cik Lisa bila ada cuti yang panjang. Pada hujung tahun 2010, lepas abis sahaja peperiksaan SPM, Cik Lisa terus cari kerja di bandar Kota Bharu. Cik Lisa tak suka duduk rumah je jadi Cik Lisa memilih untuk cari pekerjaan sementara tunggu keputusan sambung belajar. Nak tahu tak kat mana tempat Cik Lisa mula bekerja? Cik Lisa saje je pergi mintak kerja kat KFC tup tup terus dapat kerja. Cik Lisa ditempatkan di bahagian cashier. Masa interview  tu Cik Lisa pergi sorang-sorang je tak ada kawan pun yang teman, lepas tu Cik Lisa jumpa lah kawan baru masa interview tu, kawan baru Cik Lisa pun dapat kerja kat situ jugak tetapi diorang bahagian lain. Masa mula bekerja di situ, Cik Lisa jadi packer dulu, punyalah susah nak ingat semua menu-menu tu sampaikan setiap kali nak buat order customer Cik Lisa kena donggakkan kepala untuk tengok apa yang perlu ada dalam setiap menu kat papan belakang cashier. Tidak lama selepas itu, Cik Lisa pun diberi ID sendiri dan  masa tu dah boleh pegang mesin sendiri. Sampailah satu ketika, masa tu cuti sempena Christmas kot punya lah ramai orang datang makan kat KFC tu, Cik Lisa ni dah la nervous sebab menu-menu pun masih banyak yang belum ingat tiba-tiba penuh orang beratur di kaunter. Tiba lah giliran seorang pakcik ni beratur di kaunter Cik Lisa, pakcik ni nampak alim berkopiah tetapi perangai masyaallah…Dia marah Cik Lisa sebab lupa bagi kentang putar dia, cara dia marah tu macam Cik Lisa baru lepas bunuh orang je. Habis semua orang pandang. Sebelum tu Cik Lisa belum sempat bagi duit baki lagi dia dah pergi kat tempat duduk dia, jadi Cik Lisa pun letak la duit baki dia tu kat tepi kaunter takut dia datang ambik. Dia pun datang marah Cik Lisa cakap Cik Lisa tidak pandai buat kerja la, tak bagi duit baki dia la, helloo cik lisa baru berapa minggu kot kat situ bukannya robot nak ingat semua benda. Geram je dalam hati nak tukar tempat dengan pakcik tu bia dia pulak yang pegang mesin, bia dia rasa macam mana perasaan orang baru masuk kerja dan tengok pulak customer beratur panjang-panjang. Lepas tu Cik Lisa dah tak tahan, Cik Lisa terus tutup kaunter menangis bawah kaunter sebab malu kena marah depan orang ramai. Nasib baik ada abg senior KFC tu pujuk Cik Lisa dengan dia-dia sekali duduk bersila bawah kaunter untuk pujuk Cik Lisa. Nasib baik dia handsome terus cik lisa berhenti menangis, hehehe. Cik Lisa kerja situ tak sampai 2 bulan pun sebab tak tahan penat sangat. Sebenarnya banyak pengalaman kerja yang Cik Lisa nak cerita, Cik Lisa pernah jadi cashier jugak di kedai roti, jadi cahier di MALL, jadi pelayan restoren, pengalaman buka gerai Ice Blended sendiri tetapi nantilah Cik Lisa sambung tulis di lain hari pulak ek..bye2, Assalamualaikum..

NURLISA SHAHADA MOHAMAD
BC13110155






Wednesday, June 1, 2016


Cerpen: CINTA IBU



Matahari kian membakar tubuh-tubuh yang wanita yang berkerut dan separuh bongkok yang asyik sibuk mengerjakan sawah padi di belakang rumah. Dengan penuh harapan melawan panasnya api yang terus membakar belakangnya setiap hari. Hari berganti hari. Siang bertindih siang. Sungguh memerikkan. Matahari kian lembut namun wanita itu masih menggunakan segala tenaga untuk sesuap nasi. Satu demi satu disapunya keringat yang membasahi mukanya yang berkedut. Kulitnya hangus dan kering. Itulah yang digelar Ibu.

          Setiap hari Ibu pergi mengerjakan sawah dan memotong kayu di hutan. Belum timbul lagi matahari, ibu sudah bersemangat mendapatkan duit bagi menyekolahkan Along. Ayah sudah tidak lagi dapat bekerja kerana lumpuh akibat dirempuh sebuah kereta sewaktu keluar mencari rezeki. Ibulah yang mengambil alih tempat Ayah untuk membesarkan Along tanpa sebarang keluhan. Di matanya penuh dengan harapan dan kasih sayang akan Along dan suaminya.

          “Along bangun nak, hari ni Along sekolah kan? Bangunlah Along. Along kan dah janji nak belajar rajin-rajin, bila dah berjaya Along nak jaga Ibu dengan Ayah kan?”

          Beginilah setiap hari Ibu melayan karenah anaknya yang baru setahun jagung dan masih mentah pemikirannya. Kehidupan yang sederhana seperti ini sungguh menguji kekuatan Si Ibu. Dia juga percaya dengan kata-kata ilmu, ilmu pendidikan mampu memajukan diri, ilmu berguna kelak, dalam hatinya.

          “Awal lagi Ibu, kejap lagi Long bangunlah Ibu.” Kata  si anak yang masih separuh sedar kepada ibunya.

“Ibu tau Long, tapi Ibu nak ke sawah ni, Long bangun lah. Nanti Ibu siapkan makanan untuk Along ke sekolah.” Lembut kata-kata yang dikeluarkan oleh wanita tua itu.

          Along bangun dari tilam yang empuk. Walaupun sedikit buruk namun itulah kasih seorang wanita yang bergelar Ibu. Anaknya bergeliatkan dan membuka mulutnya seluas-luas yang boleh, seakan-akan anak kucing yang baru dari tidur. Terbayang di wajah dia seorang putera yang gagah dan bijaksana yang ingin pergi berjuang, berjuang demi kasih bondanya dan ayahandanya. Terdengar sedikit keluhan dari si anak.

Ibu menampakkan senyuman lebar kepada anaknya. Di matanya penuh dengan harapan. Anaknya mengambil kain pelikat dan terus ke belakang rumah untuk mempersiapkan diri. Dia pula terus pergi ke dapur untuk menyiapkan bekal untuk anak kesayangannya.

          Ibu menghidupkan api dapur yang usang itu. Kelihatan beberapa puntung kayu api yang masih tinggal berhampiran dapur yang naif. Sesekali dia ingin juga mendapat dapur yang moden. Hanya sekali memutarkan picunya dapat menlahirkan api. Teringin juga memasak sambil didendangkan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Saloma.

Dia kembali ke alam lamunan. Memikirkan anakku setiap pagi. Bangun dengan penuh keterpaksaan. Ibu tidak mahu anak Ibu sesal dan susah seperti ini. Beratapkan daun nipah dan beralaskan daun mengkuang. Melawan panas terik setiap hari demi membesarkan Along dan Ayah. Ya Allah berilah kekuatan untukku dan keluargaku.

“Sihhhhhhhhhhhhhh.” Bunyi kerepok goreng di dalam kuali. Ibu mengambil kerepok dan memasukkannya di dalam bekas makanan di atas meja. Meja yang rapuh dan buruk. Seingat Ibu, meja itu dibeli oleh Ayah ketika baru-baru berkahwin dan sekarang meja itu berusia 15 tahun. Kata-kata Ayah masih terpahat dalam kota ingatan Ibu. Ibu, ini saja Ayah mampu buat sekarang. Nanti Ayah berjanji akan hadiahkan Ibu sepasang baju kurung yang indah. Tersenyum dia mengenangkan peristiwa itu sehingga menitiskan air mata.

“Ibuuuuuuuuu.” Jerit Along memanggil ibunya. Ibu cepat-cepat menyapu titisan air mata yang mengalir di pipi kedutnya dan segera pergi ke dalam bilik anaknya. “Kenapa ni Long?” Tanya Ibu kepada anaknya dengan sungguh-sungguh.

“Ni Ibu beg Along terkoyaklah Ibu. Hmmm macam mana ni Ibu? Mesti kawan-kawan Along ketawakan Along sebab beg Along koyak. Sudahlah buruk. Malas Along pergi sekolah macam ni Bu.” Kata anak yang sedikit tidak senang hatinya.

Kadang-kadang tabiat anaknya membuatkan dia geli hati. Apa tidaknya, sikit-sikit merungut, memberontak, menangis, mengeluh kerana disuruh mengambil air untuk Ayahnya. Benar mereka masih kecil dan perlu diasuh dengan penuh dedikasi sebagaimana seorang Tok Guru mengajar anak muridnya tentang ilmu agama.

“Mari Ibu tengok beg Long.” Ibu mengambil beg sekolah Along. Dan melihat hanya terdapat sedikit koyakkan kecil. Barangkali kerja tikus kerana rumahnya sering didatangi tikus kerana dinding rumah banyak lubang. Atau boleh jadi kerana Along membawa buku yang terlalu banyak.

Suasana terdiam seketika. Anaknya menundukkan mukanya ke celah-celah lantai yang berlubang itu. Seakan-akan mencari sesuatu yang terjatuh di celah lubang lantai itu. Dia sudah dapat menganggap tingkah laku budak mentah itu. Anaknya mahukan beg yang baru. Dia mengangkat muka tewas anaknya itu sambil menampakkan senyuman yang paling manis.

“Ibu tau Long mahukan beg sekolah yang baru kan? Nanti Ibu belikan ya.” Kata Ibu kepada Along dengan harapan anaknya akan kembali gembira dan bersemangat. Terdengar akan kata-kata itu, anaknya melompat anak kegembiraan kerana mendapat beg baru. Tabiat begitu tidak asing kepada kanak-kanak yang sudah berusia sembilan tahun itu. Dia sebagai Ibu apa kurangnya tumpang gembira kerana dapat melihat anak yang keluar dari pangkal rahimnya sendiri.

“Terima kasih Ibu, Along sayang Ibu. Along janji Along akan berlajar rajin-rajin Bu.” Anaknya mula gembira dan tersenyum.

Along mengambil bekal makanannya dan pergi ke sekolah dengan riang sekali hatinya. Dengan menaiki basikal mini yang sering dinaiki oleh ayahnya. Basikal mini itu adalah jentera bagi membawa kerepok goreng yang akan dijual di dalam kampung sebelum ayahnya mengalami kemalangan. Dan tidak dapat bergerak lagi.

Dia memandang sambil matanya mula mengandungkan air yang jernih. Di dalam hatinya tidak pernah mengalah dari melihat anaknya bahagia dan gembira setiap hari. Walaupun hidup dalam penuh kemiskinan namun dia tidak mempunyai alasan untuk membuatkan anaknya tidak bahagia. Walaupun anak itu tidak kenal makna disebalik mencari wang bagi mengisi perut yang semakin membesar. Anaknya kian hilang dalam pandangan namun dia masih tidak mengalihkan matanya dari memerhati arah itu.

“Ibu, sungguh besar cintamu kepada anak dan Ayah. Ayah berasa sungguh gembira dan bertuah memiliki seorang isteri malah seorang ibu kepada anak Ayah yang berjiwa besar dan tabah. Ayah tahu tugas yang dipikul oleh Ibu adalah tersangat beratnya. Maafkan Ayah kerana tidak dapat melakukan apa-apa, apatah lagi membahagiakan Ibu dan Along, bahkan Ayah juga beban kepada Ibu dan Along.”

Kata-kata yang dikeluarkan oleh suami tercintanya itu membuatkan dia sebak dan nafasnya tersedu-sedu. Bukan kerana dia tidak dapat menerima kenyataan. Tapi disebabkan dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan dari suaminya yang terlantar di atas tikar mengkuang itu. Malah dia sungguh bahagia kerana dapat menjaga makan dan minum suami dan anaknya. Dia cuma berdiam diri di sisi pintu rumah dan juga hanya mampu mengalirkan airmatanya tapi tidak ditunjukkan.

“Ayah janganlah berkata begitu, Ibu sungguh bahagia dapat hidup dalam rumah kecil ini bersama Ayah dan anak kita. Walaupun Ibu tahu Ayah masih tidak senang melihat Ibu bekerja tapi apa kan daya Ibu. Ibu bersyukur kepada Allah kerana Ayah mampu menyediakan sawah kepada kita. Dan dapat menringankan sedikit beban ini.” Kata Ibu kepada Ayah sambil melemparkan pandangan mata dan senyumannya.

Dia meminta izin dengan suaminya untuk pergi ke sawah bagi mencarikan sesuap nasi untuk menyara keluarganya. Dia mengambil sabit dan parang yang terletak di belakang rumah. Tidak juga lupa kerepok goreng disertakan sebotol air bagi mengharungi hari ini. Seperti biasa, dia akan pergi mencari kayu api dahulu di dalam hutan. Sesudah mendapatkan kayu-kayu itu, dia tidak terus pulang. Dia akan singgah di sawah bagi mencatas rumput panjang. Boleh dikatakan setiap hari dia melakukan kerja-kerja begini.

Setelah selesai, dia membawa kayu-kayu api dan padi yang telah dikutip pergi ke pasar. Kedudukan pasar dengan rumahnya agak jauh mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke sana. Matahari sudah terpacak betul di atas kepalanya. Namun dia masih bersemangat untuk mendapatkan wang. Wang itu untuk membeli beg baru Along. Dalam hatinya tidak lepas dari melihat keluarga bahagia dan berjaya.

Kayu api dan padinya dijualkan pada tauke cina yang bernama Ah cheng. Ah Cheng sudah mengenali dia kerana dia sering menjual sumber tenaga dan makanan kepadanya. “Wah, Siti banyak kayu hari ni? Mau bikin duit lebih ka? Selalunya kamu banyak sedikit saja. Eh, bukankah Siti selalu datang hari minggu?” sapa Ah cheng kepada dia yang sedikit kehairanan.

“Selalunya begitulah Cheng. Tapi saya bukan apa Cheng. Tu Long mau beg baru katanya beg lama sudah koyak. Jadi tu pasal saya datang hari ni Cheng kalau tunggu lama-lama bercukalah muka si Along tu Cheng.”

“Bertuah sungguh si Along mempunyai ibu yang baik macam kamu Siti. Beg baru saja koyak, sudah belikan yang baru. Kalau saya sampai tiada rupa baru anak saya dapat merasa beg baru. Bukan apa tidak mahu membazirkan lagipun kalau koyak kecil-kecil tu baik jahit saja.”

Setelah selesai menjual kayu dan padi itu. Dia terus bergegas ke kedai pakaian untuk membeli beg baru untuk anaknya. Beg berwarna merah menjadi pilihannya kerana merah adalah tanda keberanian. Merah juga sering dijadikan pilihan warnanya beberapa hari sebelum ini. Dia pun tidak mengerti mengapa. Yang pasti warna merah itu juga adalah warna kesukaan Along.

Beberapa minit kemudian, dia jumpa pilihan yang paling baik untuk Along. Dengan harapan Along akan menjaga dengan baik dan gembira ketika beg ini diberikan kepadanya.  Bukan apa, kadang-kadang Along ini cerewet juga bila diberikan barang yang tidak menepati citarasanya.

Setelah membayar. Dia cepat-cepat mahu pulang ke rumah kerana ingin menyediakan makan dan minum untuk keluarganya. Dia berlari anak-anak kerana tidak sabar ingin memberikan beg ini kepada anaknya. Pasti Along akan bahagia. Walaupun beg ini tidak seberapa rupanya namun dia yakin anaknya sukakan beg ini.

Ketika dia berjalan di gigi jalan raya untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah belakang dengan sekelip mata. Dunia menjadi gelap dengan pantasnya. Air berwarna merah sama seperti beg yang dia belikan untuk anaknya mengalir tidak henti. Keadaan menjadi kelam kabut. Orang berpusu-pusu ingin menyaksikan dan menyoalkan apa yang telah berlaku.

Hari sudah lewat petang, Along masih menunggu ibunya di tangga depan rumahnya. Kedengaran bunyi perut mengaum kelaparan tapi ibunya belum lagi pulang. Ayah dan anaknya mula berasa risau kerana ibunya tidak selalu pulang lewat begini. Dalam hati anaknya, mungkin dia masih berada di sawah. Budak kecil itu berlari ke sawah namun satu bayang ibunya pun tidak nampak.

Kenderaan sebuah motosikal yang menuju ke rumahnya. Bunyinya semakin hampir dan semakin jelas bunyinya. Kelihatan seorang lelaki yang datang ke rumahnya. Along kenal lelaki itu dan masih kaku berdiri di depan rumahnya serta hanya menunggu sahaja motosikal itu datang menuju ke arah rumahnya. Along dapat merasakan bahawa ada berita buruk kerana ibunya masih belum-belum pulang.

Ekoran Along tidak dapat menahan sebak dan takut sesuatu yang berlaku kepada ibunya. Dia terus menangis sekuat-kuatnya sehingga menutup mukanya di atas tangga kerana tidak sanggup menahannya. “Along sabar ya nak. Along sudah tahu ka apa yang sudah berlaku? Along janganlah begini. Along kena terima hakikatnya.” Ah Cheng cuba menenangkan Along yang masih menangis dan menutup mukanya.

“Kenapa ni Long? Kenapa menangis di atas tangga. Along kan sudah besar. Tak malu ke sama Uncle Cheng ni.” Kedengaran suara dan kata-kata itu memecahkan tangisan Along buat sementara. Suara itu jelas dan sama seperti ibu kesayangannya. Along terus mengangkat mukanya dan memandang ke arah perempuan itu. Memang benarlah wanita itu adalah ibu kandungnya dan ditangan wanita itu memegang sebuah beg sekolah.

Tanpa berkata apa-apa, Along terus memeluk ibunya. Peluk dengan sekuat-kuatnya. “Kenapa ni Along?” dia dan Ah Cheng berasa hairan dengan tingkah laku anaknya seakan tidak pernah berjumpa.

“Aaa..long ingat Ibu kemalangan sebab Uncle Cheng cakap Ibu ke..malangan. Dan suruh Along terima hakikat.” Kata-kata Along tersekat-sekat kerana takutnya masih belum hilang.

“Issshhhh, apa Along mengarut ni? Kan Long peluk ni Ibu.” Dia berasa semakin pelik dengan kata-kata anaknya.

Ah Cheng segera memberitahu kerana dia melihat Siti dan Along masih kelihatan seperti orang asing dan tidak tahu apa-apa. Sebenarnya, sewaktu dia mahu pulang ke rumah. Cikgu Along terlibat dalam kemalangan. Dia merempuh khemah yang dipenuhi dengan longgokan buah tembikai. Hampir kesemuanya tembikai itu hancur dirempuhnya sehingga kelihatan seperti darah manusia. Tapi mujurlah cikgu Along tidak mengalami apa-apa.

Setelah mereka mendengar keterangan itu. Ibu dan Along faham situasi sebenarnya. Ah Cheng juga memberitahu Along supaya menjaga Ibu dengan sungguh-sungguh kerana Ibu adalah segalanya di dunia dan akhirat. Tanpa Ibu, Along tiada. Tanpa Ibu, Along tiada kasih sayang. Tanpa Ibu, Along bukan siapa-siapa. Setelah mendengar kata-kata itu, Along segera meminta maaf dan tidak mahu lagi menyusahkan ibunya.



MOHAMAD AZIZUL BIN IBRAHIM

(BC13110078)

8 langkah untuk berhenti MEROKOK


1.       Jangan Beli Rokok

Bila ada rokok, susah untuk berhentilah.

2.       Bersukan

Bila sudah penat, merokok pun tak nak.

3.       Hindari Perokok

Selagi tidak kuat, jangan mendekati.

4.       Gula-gula

Gantikan dengan gula-gula apabila keinginan merokok.

5.       Air minuman

Banyakkan minum air putih atau air masak.

6.       Berfikiran Positif

Kawal guna akal dan otak, bukan nafsu.

7.       Ingat Mati

Rokok juga membunuh dalam senyap bukan nyamuk saja.

8.       Mulakan Sekarang

Apa tunggu lagi?



MOHAMAD AZIZUL BIN IBRAHIM

(BC13110078)

Cerpen : PENGAKHIRAN


Pangg!!!
 Satu tamparan mengenai pipi Pn. Rohani. Berderai gelas kaca yang di pegang oleh Pn. Rohani. Air mata mengalir laju di pipi. Wajahnya kemerah-merahan menahan rasa sakit. Pipi yang kesakitan di usap lembut.
“Sampai hati abang buat Ani macam ni, mana janji abang dulu untuk jaga Ani, untuk sayang Ani. Abang mungkir janji”. Air mata dibiarkan mengalir di tubir mata.
“Arghhhh…. Ada aku kisah dengan janji-janji tu, peduli apa aku dengan kau. Lagi pun kau dah tak boleh bagi aku zuriat, kau mandul tau tak!”  Tengkin En. Bahar.
Deraian air mata makin laju apatah lagi di sepak terajang oleh suami sendiri. Di mana sifat perikemanusiaan sebagai manusia dan sebagai seorang suami. Betapa peritnya hidup Pn. Rohani semenjak dia di sahkan tidak boleh hamil lagi akibat keguguran anak yang pertama dan mengalami pendarahan yang teruk di rahimnya dan rahimnya terpaksa di buang kerana jika tidak di ia akan memudaratkan kesihatan Pn. Rohani. Namun, bertambah perit lagi apabila suaminya berlaku curang di belakangnya dan menjadi panas baran. Ada sahaja yang tidak kena. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang di alami oleh Pn. Rohani termasuklah keluarganya sendiri. Baginya masalah keluarganya biarlah dia yang simpan dan selesaikan sendiri. Keluarga mertuanya juga sudah tidak suka lagi pada Pn. Rohani kerana tidak boleh memberikan zuriat buat anak lelakinya. Selalu Pn. Rohani akan di maki hamun oleh mertuanya. Apalah nasib yang menimpa dirinya. Bersedih atas kematian anaknya lagi di tambah pula keluarga mertua yang bersikap lepas tangan. Hanya mampu bersabar di saat ujian melanda dirinya. Kadang-kadang iman seorang manusia boleh goyah jikalau tidak kuat mental.
Pn Rohani meratapi nasibnya yang malang itu. Tidak tahu pada siapa lagi harus mengadu. Akhirnya Pn Rohani membersihkan diri dan mengambil wuduk lalu mengadu nasib pada Ilahi. Hanya satu-satunya tempat mengadu yang paling agung hanyalah pada Allah maha pencipta. Moga-moga ada hikmah di sebalik semua yang menimpa dirinya itu.
Bunyi ketukan pintu yang kuat memeranjatkan Pn Rohani yang terlena di atas sejadah. Segera ke ruang tamu untuk membukakan pintu untuk suaminya. Barang kali suaminya tertinggal kunci rumah.
“Kenapa kau lambat buka pintu hahhh? Jerit En Bahar sambil menarik rambut Pn Rohani”.
         “Ma… Maaf bang saya tertidur lepas solat tadi. Sambil menahan kesakitan yang amat” .
Ada bau arak yang menusuk ke hidung Pn Rohani. Sebelum ini suaminya tidak pernah menyentuh minuman haram tersebut, tapi suaminya tewas dengan godaan syaitan durjana. Terlampau ingin ketenangan kelab malam yang menjadi sasaran suaminya sambil berhibur dan menari.
Uwekkkk… uwekkk, En Bahar muntah di atas baju Pn Rohani akibat mabuk yang melampau. Alangkah hibanya melihat keadaan suaminya seperti itu.
“Ab… Abang sentuh minuman haram tu? Soal Pn Rohani sambil tergagap-gagap akibat ketakutan.
“Arghhhh… Kau tak payah nak sibuk hal aku! Tengking En Bahar sambil menepis tangan isterinya.
“Abang tau kan benda tu haram di sisi agama, kalau abang ada masalah abang mengadulah pada Allah. Hanya Allah yang dapat membantu kita bang”.
“Kau tak payah nak tunjuk alim dekat sini, aku tak nak dengar semua tu kau faham tak” Sambil mengheret Pn Rohani ke dapur.
Raungan isterinya langsung tidak di endahkan oleh suaminya. Suaminya menghumban Pn Rohani ke lantai tanpa belas kasihan, di tampar dan sepak terajang yang menjadi makanan harian Pn Rohani sejak akhir-akhir ini. Puas dia merayu agar suaminya tidak berbuat sedemikian.
Habis berdarah dan lebam-lebam badan Pn Rohani. Pn Rohani sudah tidak larat untuk hidup sedemikian. Maki hamun, cacian dan dipukul setiap hari. Pn Rohani bangkit untuk mempertahan dirinya daripada dipukul. Mereka bergelut.
“Berani kau nak lawan aku betina! Jerit suaminya”
Dengan kasar suaminya menghantukkan kepala Pn Rohani ke dinding menyebabkan kepalanya berdarah. Matanya berpinar. Dengan kudrat yang ada Pn Rohani bangkit mencapai sebilah pisau lalu menghunuskan pisau tersebut ke perut suaminya. Tersembur darah keluar mengenai muka Pn Rohani. Di tikam perut dan dada suaminya bertalu-talu tanpa belas kasihan sehingga darah merecik memenuhi ruang dapur rumahnya. Hatinya puas. Tawanya memecah kesunyian di rumah tersebut. Pn Rohani terlena di sisi suaminya akibat keletihan yang amat.
         Raungan Pn Rohani yang kuat memeranjatkan jiran tetangganya. Ada yang datang melihat setelah terdengar raungan dan tawnya  yang kuat di sisi lelaki yang berlumuran darah. Kelihatan pisau di pegang oleh Pn Rohani. Salah seorang jirannya telah menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut. Ramai yang datang mengerumuni rumahnya untuk mengetahui apa yang berlaku. Pihak polis sepantas kilat datang ke perumahan yang di diami oleh Pn Rohani dan En Bahar.
“Pn tolong letak pisau tu atas lantai.  Arah salah seorang anggota polis tersebut”.
Pn Rohani mengacukan pisau sambil ketawa terbahak-bahak, ada ketika tangisan yang kedengaran. Pihak polis sedang  berusaha menenangkan Pn Rohani.
“Aku tak bersalah. Jerit Pn Rohani dalam tangisan”.
 Psiko mula di mainkan oleh anggota polis untuk menenangkan Pn Rohani agar dia tidak takut dengan situasi yang dia berada sekarang.
Tangan di gari dan di bawa masuk ke dalam kereta polis peronda. Siren amaran kereta polis peronda di bunyikan menandakan ada sesuatu yang terjadi. Mayat suaminya di bedah siasat sebelum di serahkan kepada waris untuk di tuntut.
…*…
Selepas kes dibicarakan dan di jatuhi hukuman, mertuanya tidak puas hati kerana menantunya tidak mendapat hukuman setimpalnya kerana telah membunuh anaknya. Seharusnya di jatuhi hukuman gantung sampai mati baru puas hati mertuanya. Namun, Pn Rohani hanya di jatuhi hukuman penjara seumur hidup di bawah seksyen 302 iaitu siksaan bagi kesalahan membunuh orang.
Kehidupan di dalam penjara banyak mengajar Pn Rohani erti kehidupan sebenar yang harus di laluinya. Sebuah perjalanan hidupnya akan berakhir dalam sel penjara. Sebuah pengakhiran yang sangat memeritkan bagi seorang wanita untuk menjalani liku kehidupan yang tidak lagi normal seperti insan yang lain. Dalam sel penjara Pn Rohani banyak termenung mengenangkan kisahnya suatu ketika dahulu yang sangat bahagia. Selama 5 tahun melayari kehidupan berumah tangga kehidupan mereka suami isteri sangat bahagia apatah lagi suaminya sangat penyayang. Pn. Rohani merupakan wanita bekerjaya dan suaminya pula tidak membantah untuknya bekerja. Suami Pn. Rohani memegang jawatan pengurus di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Masing-masing sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk bersama. Apabila pulang dari kerja masing-masing sudah penat seharian bekerja. Cuma hari minggu sahaja masa untuk mereka bersama bergurau senda dan bercuti. Suatu hari suaminya mencadangkan mereka bercuti di langkawi untuk merehatkan minda dan menghilangkan penat lelah seharian bekerja. Begitu teruja Pn. Rohani apabila mereka akan pergi bercuti. Masing-masing memohon untuk cuti seminggu dan cuti mereka di luluskan oleh pihak atasan.
Sedang sibuk Pn. Rohani mengemas pakaian untuk di bawa nanti tiba-tiba elektrik di rumahnya terpadam. Pn. Rohani ketakutan lalu keluar dari bilik untuk memanggil suaminya.
“Ab… abang kat mana, Ani takut ni. Abanggg... Jangan mainkan Ani macam ni. Abanggg…” Air matanya mengalir laju.
Tiada sahutan dari suaminya. Membuatkannya lagi takut apabila kelihatan ada kelibat manusia sedang berjalan menuju kearahnya.
“Abang ke tu? Tanya Pn. Rohani lagi”
Kelibat hitam menerkam Pn. Rohani, hampir rebah di buatnya. Mereka bergelut dan Pn. Rohani memukul lelaki tersebut dengan batang penyapu.
“Aduhh!”
Terdengar suara suaminya mengaduh kesakitan membuatkan dia berhenti memukul, lalu ada sekumpulan manusia masuk ke dalam rumahnya sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ buatnya. Alangkah terharunya dia melihat suami tersayang membuat kejutan untuk isteri, terasa di sayangi dan di hargai. Dalam masa yang sama juga dia memarahi suaminya kerana menakut-nakutkannya sebegitu. Bagai hendak luruh jantungnya,.
“Abang minta maaf sayang, abang terpaksa. Jangan la merajuk yea abang janji tak buat lagi camni” Di rangkul pinggan isterinya tanda memujuk.
Promise tak buat lagi? Sambil mencubit pipi suami tercinta”.
“Abang janji tak buat lagi”
En. Bahar mengeluarkan satu bungkusan yang di balut kemas, lalu di hulurkan kepada isteri tersayang. Kegembiraan jelas terpancar di wajah isterinya.
“Terima kasih abang, boleh sayang buka sekarang? Pinta isterinya”.
En. Bahar tersenyum melihat telatah isterinya. Cukup bahagia rumah tangga mereka saat ini. Alangkah terkejut Pn. Rohani apabila melihat hadiah yang diberikan. Seutas rantai emas dan permatanya berbentuk hati. Hanya ucapan terima kasih buat suami tersayang. Dipeluk erat-erat suaminya tanda kasih dan sayang buat suami. Rumah mereka meriah dengan kawan-kawan dan jiran tetangga yang hadir menyambut hari jadi Pn. Rohani.
Lamunannya terhenti apabila pegawai polis datang menemuinya. Sel penjara di buka.
“Pn Rohani Ibrahim, sila ikut saya ke bilik tetamu sekarang! Arah Inspektor Maria”.
Pn Rohani hanya mengekori dari belakang pegawai polis tersebut. Tiada sepatah kata yang di ucap. Setelah sampai di ruangan tersebut kelihatan keluarganya sedang menanti dengan wajah yang suram. Hatinya mulai sebak melihat keluarganya. Tiada kata yang dapat di gambarkan saat itu. Terasa hina, terasa berdosa yang amat sangat dan terasa diri amat terasing apabila berada di tirai besi.
Lantas di peluk erat-erat tubuh ibunya seakan-akan mereka akan berpisah buat selama-lamanya. Kerinduan yang amat pada keluarga tercinta yang sanggup lagi menerima dirinya setelah kejadian ngeri itu terjadi menimpa dirinya. Hubungan antara ibu dan anak tidak akan pernah putus walau apa pun yang terjadi. Darah yang mengalir dalam tubuh adalah darah yang sama tidak akan pernah putus.

AMIR AKRAM BIN ABDULLAH
BC13110016