Tuesday, June 7, 2016

SEHARIAN BERSAMA DBKK


Cik Lisa ditugaskan untuk membuat slot Dirty dalam dokumentari yang Cik Lisa buat. Jadi Cik Lisa memilih untuk merakam rutin harian pekerja di bahagian sisa pepejal  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu( DBKK). Pada Cik Lisa, maksud dirty itu sangat luas dan bukan merujuk kepada pekerjaan kotor seperti pelacuran atau sindiket dadah. Dirty yang Cik Lisa maksudkan ialah pekerjaan yang kurang dipilih oleh warga tempatan disebabkan bau yang busuk dengan sampah yang bertimbun dan gaji yang agak sedikit. Dalam dokumentari yang Cik Lisa dan 2 orang lagi sahabat Cik Lisa buat tu adalah untuk membongkar sebab warga tempatan yang kurang memilih pekerjaan tersebut. Pada jam 7 pagi lagi, Cik Lisa, Kak Jacinta, Aishah dan Fairus mula bergerak ke tempat berkumpulnya pekerja sisa pepejal  untuk melakukan pengambaran. Setelah semua siap, Cik Lisa naik dalam lori DBKK dan 3 orang sahabat Cik Lisa tu menaiki kereta yang kami sewa khas untuk pengambaran ini. Seharian kami mengikut lori DBKK untuk merakam rutin harian pekerja-pekerja tersebut. Lebih dari 30 buah tempat setiap hari mereka perlu singgah  untuk memungut sampah.  Walaupun bau busuk sampah menusuk hidung kami ,namun Cik Lisa tidak sampai hati untuk menutup hidung di depan pekerja-pekerja sisa pepejal tersebut. Cik Lisa sangat kagum dengan mereka yang kerana tabah untuk mencari rezeki. Walaupun baru sahaja kenal dengan mereka, namun mereka sangat baik hati dan merendah diri. Walaupun Cik Lisa merupakan mahasiswi universiti, tetapi         Cik Lisa sangat suka berkawan dengan pekerja-pekerja bawahan ini sebab mereka lebih jujur dalam percakapan dan merendah diri. Cik Lisa pun selesa bercakap dengan mereka. Setelah habis memungut sampah di tempat yang telah ditetapkan, kami mula bergerak ke tempat pelupusan sampah. Semasa tiba di tempat pelupusan sampah itu, Cik Lisa dimarahi kerana membuat pengambaran tanpa kelulusan dari tempat pembuangan sampah tersebut. Macam-macam staf sana maki hamun Cik Lisa dan ugut Cik Lisa tetapi nasib baik pekerja DBKK yang naik lori bersama Cik Lisa tadi tolong beri penjelasan kepada pihak pelupusan sampah itu bagi pihak Cik Lisa. Sebenarnya Cik Lisa sudah mendapat kelulusan untuk melakukan pengambaran bersama DBKK, namun Cik Lisa tidak pula diberitahu untuk turut menyediakan salinan surat kebenaran kepada pihak pelupusan sampah tersebut. Setelah berbicang dengan elok  akhirnya, pihak pelupusan sampah itu membenarkan kami melakukan pengambaran. Cik Lisa sangat sedih melihat orang-orang yang kurang berkemampuan sangat gembira melihat kedatangan lori DBKK, ada diantara mereka mencari barang-barang yang masih boleh digunakan di tempat pelupusan sampah tersebut. Mereka masih boleh tersenyum melihat ada kamera yang merakam mereka sedangkan kami krew yang melakukan pengambaran terpaksa memakai mask sebab tidak tahan dengan bau sampah yang kuat di tempat pelupusan samapah. Apabila melihat mereka, Cik Lisa sangat bersyukur kerana masih mempunyai duit untuk membeli keperluan sedangkan mereka terpaksa mencari keperluan mereka di tempat pelupusan sampah. Setakat ini dulu coretan Cik Lisa, nanti ada masa Cik Lisa sambung menulis lagi ye

NURLISA SHAHADA MOHAMAD
BC13110155





No comments:

Post a Comment