PENGARAH
PRODUKSI FILEM
Seorang pengarah yang
baik akan memastikan bahawa semua bahagian sesuatu filem yang kreatif
dihasilkan dan dibawa bersama-sama dalam keseluruhan bahagian. Seseorang
pengarah akan mentafsirkan skrip, jurulatih penghibur, kerja-kerja bersama dan
sebagainya, berkaitan yang mereka semua untuk membuat karya seni. Menurut Filem
Scholar Eric Sherman, pengarah bermula dengan idea yang jelas daripada
keseluruhan filem itu dan menggunakan ini untuk membantu dia menentukan apa yang
perlu dilakukan. Seorang pengarah perlu memberi laluan ketika orang lain diberi
kebebasan untuk menunjukkan apa yang mereka tahu.
Pengarah filem adalah individu
yang mengarahkan pembikinan sesuatu filem. Secara umumnya, seorang
pengarah filem mengawal aspek seni dan dramatik filem itu serta menterjemahkan
skrip ke bentuk visual, sambil mendorong kru teknikal dan pelakon untuk
memenuhi visi itu. Pengarah mempunyai peranan-peranan penting dalam
memilih ahli-ahli kru, reka bentuk pengeluaran, dan aspek-aspek kreatif
pembikinan filem. Di sesetengah negara Eropah, pengarah dilihat sebagai
pengarang filem itu.
Peranan pengarah filem
juga perlu mewujudkan visi keseluruhan di mana filem yang akhirnya menjadi
kenyataan. Langkah ini termasuklah memantau unsur-unsur seni dan teknikal
pengeluaran filem, dan juga mengarahkan jadual rakaman dan menetapkan tarikh
pergambaran. Perkara ini memerlukan kerjasama yang hebat dan mantap oleh
kru-kru filem untuk mencapai visi pengarah dalam sesebuah produksi filem. Hal
ini juga memerlukan kemahiran pemimpin dalam kumpulan, dan juga keupayaan untuk
mengekalkan tumpuan terhadap sesuatu perkara walaupun menghadapi sesuatu
tekanan dalam berhadapan persekitaran lokasi pengambaran. Seseorang pengarah
juga perlu ada pemerhatian yang baik dan tepat dalam memerhatikan setiap kru
dan juga para pelakon serta boleh mengugurkan mana-mana kru atau pun pelakon
daripada produksi mengikut kemahuannya. Oleh itu, kemahiran komunikasi
yang baik perlu ada diantara pengarah dan kru teknikal serta setiap orang yang
terlibat dengan produksi.
Selain bergantung kepada
kerjasama daripada golongan kreatif yang berbeza, dengan kemungkinan kuat
menyangkal cita-cita seni dan visi, seorang pengarah juga perlu mempunyai
kemahiran untuk menyelesaikan konflik jika perlu. Oleh itu, pengarah
harus memastikan semua individu yang terlibat dalam pengeluaran filem itu
berusaha ke arah satu wawasan yang sama bagi menjayakan sesebuah filem.
Selain itu, terdapat juga
pengarah yang menulis sendiri skrip untuk filem yang hendak dihasilkannya.
Pengarah seperti ini adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang
pengarahan dan juga perfileman. Dia sudah biasa dengan proses
pembuatan filem dan juga merupakan seorang yang berfikiran kreatif dan memiliki
idea yang sangat baik. Sebagai contoh, filem ‘The Raid 2’ arahan Gareth Evans
dan beliau juga merupakan penulis skrip cerita tersebut. Dalam Undang-undang
Kesatuan Eropah, pengarah filem dianggap sebagai ‘Pengarang’ atau salah satu
daripada penulis filem, yang sebahagian besarnya sebabnya adalah daripada
pengaruh teori ‘auteur’. Teori auteur adalah kritikan konsep-konsep filem
menegaskan bahawa seseorang pengarah filem itu telah mencerminkan visi
kekreatifannya di dalam sesebuah filem yang dijayakannya, seolah-olah mereka adalah
pengarang ataupun eutor utama. Menurut Mark Bielak, yang merupakan seorang
pengarah Radio dan Television di Maine Township High School South, dalam
bukunya yang berjudul ‘Television Production Today, yang diterbitkan pada tahun
1995, “dalam televisyen, hubungan antara pengarah dan kru mereka serta sifat
tanggungjawab mereka berbeza daripada dalam teater dan radio”. Hal ini
kerana tugas sebagai seorang pengarah filem lebih berat berbanding dengan tugas
pengarah sesuatu produksi teater ataupun radio.
Sesetengah pengarah filem
bermula sebagai penulis skrip, pengedit filem atau pelakon. Manakala, ada
juga dikalangan pengarah filem yang lain telah menjalani latihan yang khusus di
dalam sesebuah institusi pengajian mengenai bidang perfileman. Sebagai contoh
penyediaan, senarai pergambaran dan jalan cerita, blocking atau penutupan
ruang, protokol untuk berurusan dengan pelakon profesional dan juga membaca
skrip. Selain kemahiran teknikal dan logistik asas, pelajar juga
menerima pendidikan mengenai sifat hubungan profesional yang berlaku semasa
pengeluaran filem. Dengan adanya titik permulaan ini, para pelajar akan
terdedah lebih awal lagi tentang ilmu yang berkenaan dengan bidang perfileman.
Perkara ini juga antara sebab munculnya pengarah-pengarah muda yang
berbakat dan mampu menghasilkan filem yang kreatif.
Menjadi seorang pengarah
bukanlah suatu proses yang mudah. Ianya memerlukan pengalaman yang luas
dan memiliki daya pemikiran yang tinggi. Hakikatnya, kebanyakan pengarah
yang ada bermula daripada bawah, dan semestinya setiap pengarah mengalami
pelbagai pengalaman yang mendidik mereka supaya berjaya dan hebat dalam bidang
pengarahan dan pembuatan filem.
Seterusnya, tugas-tugas
yang perlu dilakukan oleh seorang pengarah adalah sesuatu yang agak rumit kerana
setiap syarikat produksi dan pengarah mempunyai pemahaman yang berlainan tentang
konsep jawatan seorang pengarah. Walaubagaimanapun, pengarah mempunyai
tanggungjawab dan menjadi orang penting dalam sesuatu produksi. Antara tugas-tugas
seorang pengarah adalah menterjemahkan penulisan skrip kepada visual dalam
sebuah filem atau merealisasikan wawasan keseluruhan seni ke dalam filem.
Seorang pengarah haruslah mempunyai kebolehan untuk memahami skrip disediakan
kerana ianya harus divisualkan ataupun dilakonkan. Perkara ini bergantung
dengan kebolehan atau kehebatan pengarah itu sendiri. Terkadang, ada
pengarah yang menulis skripnya sendiri kerana ia membuatkan mereka lebih mudah
untuk menterjemahkan skrip itu kepada bentuk visual ataupun lakonan.
Selain itu, seorang pengarah juga bertanggungjawab melatih para pelakon dan mengarah mereka ke arah persembahan lakonan yang terbaik dan merancang serta memantau staf produksi di dalam set. Pengarah mempunyai kuasa penuh di dalam sesebuah produksi filem. Pengarah juga mempunyai kuasa untuk menggugurkan mana-mana kru ataupun pelakon bergantung dengan kualiti kerja yang mereka jalankan. Pengarah juga berperanan untuk memastikan waktu jadual ditepati. Hal ini bergantung dengan pengarah itu sendiri untuk menetapkan jadual. Pengarah juga boleh membatalkan sesuatu jadual mengikut kuasa yang ada padanya. Jadual disusun sendiri oleh seseorang pengarah. Begitu juga dengan lokasi pengambaran. Pengarah sendiri yang akan menetapkan lokasi pengambaran serta masa pengambaran akan dijalankan, sama ada pada waktu siang ataupun pada waktu malam.
Selain daripada itu, setiap pengarah juga harus memelihara kualiti sinematografi dan aspek teknikal. Perkara ini penting bagi mengelakkan sebarang masalah muncul sepanjang tempoh produksi atau pengambaran dijalankan.
Pengarah juga harus
mengawal kandungan dan aliran plot filem itu seperti yang ditakrifkan oleh
layar. Selain itu, pengarah juga berperanan mengarah persembahan pelakon,
kedua-dua mekanikal dengan meletakkan mereka dalam kedudukan yang tertentu
(tanpa menyekat), dan secara mendadak dengan memperlihatkan pelbagai emosi yang
diperlukan.
Menyusun dan menetapkan lokasi di mana filem itu akan digambarkan ke layar juga merupakan tanggungjawab seorang pengarah. Tugas dan peranan pengarah amatlah penting dan utama selain menguruskan butir teknikal seperti kedudukan kamera, penggunaan lampu, dan masa kandungan soundtrack untuk filem itu. Apa-apa aktiviti lain yang mentakrifkan atau menyedari wawasan artistik pengarah akan diterjemahkan untuk filem.
Menyusun dan menetapkan lokasi di mana filem itu akan digambarkan ke layar juga merupakan tanggungjawab seorang pengarah. Tugas dan peranan pengarah amatlah penting dan utama selain menguruskan butir teknikal seperti kedudukan kamera, penggunaan lampu, dan masa kandungan soundtrack untuk filem itu. Apa-apa aktiviti lain yang mentakrifkan atau menyedari wawasan artistik pengarah akan diterjemahkan untuk filem.
Secara padatnya, pengarah
mewakili segala bentuk idea serta gambaran beliau melalui tenaga kerjanya iaitu
krew dan pelakon. Sebagai contoh, pengarah boleh menggambarkan mood dia
atau apa yang dia mahukan dari tempat kejadiaan, maka tinggalkan ia kepada
ahli-ahli lain atau krew filem untuk mencari lokasi yang sesuai ataupun untuk
menubuhkan pencahayaan yang sesuai. Secara keseluruhannya, tugas sebagai
seorang pengarah amatlah padat dan berat. Menjadi seorang pengarah yang
menjalankan semua tugas-tugas tersebut bukanlah mudah. Iannya memerlukan
bantuan daripada individu lain. Kesimpulannya, setiap pengarah yang
berjaya menghasilkan filem boleh dianggap suatu kejayaan buat dirinya kerana
berjaya menyelesaikan atau menjayakan sesebuah produksi atas arahannya sendiri.
RUJUKAN
Alain perak dan Elizabeth Ward.
Pasukan Pengarah Filem-kanak: Satu Panduan Praktikal untuk Pengurus
Pengeluaran, Penolong Pengarah, dan Semua Filmmakers (Los Angeles:
Silman-James, 1992)
Edward Pincus. Buku Panduan pembikin
filem ini (New York: Plume, 1999)
Steven D. Katz. Pengarahan filem Shot
oleh Shot (Studio City, CA: Wiese, 1991)
Zairul Anuar Md. Dawam. Skrip Ke
Skrin. (Kota Kinabalu: Sabah, 2010)
(BC13110078)
No comments:
Post a Comment