Pangg!!!
Satu tamparan mengenai pipi Pn. Rohani.
Berderai gelas kaca yang di pegang oleh Pn. Rohani. Air mata mengalir laju di
pipi. Wajahnya kemerah-merahan menahan rasa sakit. Pipi yang kesakitan di usap
lembut.
“Sampai hati
abang buat Ani macam ni, mana janji abang dulu untuk jaga Ani, untuk sayang
Ani. Abang mungkir janji”. Air mata dibiarkan mengalir di tubir mata.
“Arghhhh…. Ada
aku kisah dengan janji-janji tu, peduli apa aku dengan kau. Lagi pun kau dah
tak boleh bagi aku zuriat, kau mandul tau tak!” Tengkin En. Bahar.
Deraian air
mata makin laju apatah lagi di sepak terajang oleh suami sendiri. Di mana sifat
perikemanusiaan sebagai manusia dan sebagai seorang suami. Betapa peritnya
hidup Pn. Rohani semenjak dia di sahkan tidak boleh hamil lagi akibat keguguran
anak yang pertama dan mengalami pendarahan yang teruk di rahimnya dan rahimnya
terpaksa di buang kerana jika tidak di ia akan memudaratkan kesihatan Pn.
Rohani. Namun, bertambah perit lagi apabila suaminya berlaku curang di
belakangnya dan menjadi panas baran. Ada sahaja yang tidak kena. Tiada siapa
yang tahu penderitaan yang di alami oleh Pn. Rohani termasuklah keluarganya
sendiri. Baginya masalah keluarganya biarlah dia yang simpan dan selesaikan
sendiri. Keluarga mertuanya juga sudah tidak suka lagi pada Pn. Rohani kerana
tidak boleh memberikan zuriat buat anak lelakinya. Selalu Pn. Rohani akan di
maki hamun oleh mertuanya. Apalah nasib yang menimpa dirinya. Bersedih atas
kematian anaknya lagi di tambah pula keluarga mertua yang bersikap lepas
tangan. Hanya mampu bersabar di saat ujian melanda dirinya. Kadang-kadang iman
seorang manusia boleh goyah jikalau tidak kuat mental.
Pn Rohani
meratapi nasibnya yang malang itu. Tidak tahu pada siapa lagi harus mengadu.
Akhirnya Pn Rohani membersihkan diri dan mengambil wuduk lalu mengadu nasib
pada Ilahi. Hanya satu-satunya tempat mengadu yang paling agung hanyalah pada
Allah maha pencipta. Moga-moga ada hikmah di sebalik semua yang menimpa dirinya
itu.
Bunyi ketukan
pintu yang kuat memeranjatkan Pn Rohani yang terlena di atas sejadah. Segera ke
ruang tamu untuk membukakan pintu untuk suaminya. Barang kali suaminya
tertinggal kunci rumah.
“Kenapa kau
lambat buka pintu hahhh? Jerit En Bahar sambil menarik rambut Pn Rohani”.
“Ma… Maaf bang saya tertidur lepas solat tadi. Sambil
menahan kesakitan yang amat” .
Ada bau arak yang menusuk
ke hidung Pn Rohani. Sebelum ini suaminya tidak pernah menyentuh minuman haram
tersebut, tapi suaminya tewas dengan godaan syaitan durjana. Terlampau ingin
ketenangan kelab malam yang menjadi sasaran suaminya sambil berhibur dan
menari.
Uwekkkk… uwekkk, En Bahar
muntah di atas baju Pn Rohani akibat mabuk yang melampau. Alangkah hibanya
melihat keadaan suaminya seperti itu.
“Ab… Abang sentuh minuman
haram tu? Soal Pn Rohani sambil tergagap-gagap akibat ketakutan.
“Arghhhh… Kau tak payah
nak sibuk hal aku! Tengking En Bahar sambil menepis tangan isterinya.
“Abang tau kan benda tu
haram di sisi agama, kalau abang ada masalah abang mengadulah pada Allah. Hanya
Allah yang dapat membantu kita bang”.
“Kau tak payah nak tunjuk
alim dekat sini, aku tak nak dengar semua tu kau faham tak” Sambil mengheret Pn
Rohani ke dapur.
Raungan isterinya langsung
tidak di endahkan oleh suaminya. Suaminya menghumban Pn Rohani ke lantai tanpa
belas kasihan, di tampar dan sepak terajang yang menjadi makanan harian Pn
Rohani sejak akhir-akhir ini. Puas dia merayu agar suaminya tidak berbuat
sedemikian.
Habis berdarah dan
lebam-lebam badan Pn Rohani. Pn Rohani sudah tidak larat untuk hidup sedemikian.
Maki hamun, cacian dan dipukul setiap hari. Pn Rohani bangkit untuk mempertahan
dirinya daripada dipukul. Mereka bergelut.
“Berani kau nak lawan aku
betina! Jerit suaminya”
Dengan kasar suaminya
menghantukkan kepala Pn Rohani ke dinding menyebabkan kepalanya berdarah.
Matanya berpinar. Dengan kudrat yang ada Pn Rohani bangkit mencapai sebilah
pisau lalu menghunuskan pisau tersebut ke perut suaminya. Tersembur darah
keluar mengenai muka Pn Rohani. Di tikam perut dan dada suaminya bertalu-talu
tanpa belas kasihan sehingga darah merecik memenuhi ruang dapur rumahnya.
Hatinya puas. Tawanya memecah kesunyian di rumah tersebut. Pn Rohani terlena di
sisi suaminya akibat keletihan yang amat.
Raungan Pn Rohani yang kuat memeranjatkan jiran tetangganya.
Ada yang datang melihat setelah terdengar raungan dan tawnya yang kuat di sisi lelaki yang berlumuran
darah. Kelihatan pisau di pegang oleh Pn Rohani. Salah seorang jirannya telah
menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut. Ramai yang datang
mengerumuni rumahnya untuk mengetahui apa yang berlaku. Pihak polis sepantas
kilat datang ke perumahan yang di diami oleh Pn Rohani dan En Bahar.
“Pn tolong letak pisau tu
atas lantai. Arah salah seorang anggota
polis tersebut”.
Pn Rohani mengacukan pisau
sambil ketawa terbahak-bahak, ada ketika tangisan yang kedengaran. Pihak polis
sedang berusaha menenangkan Pn Rohani.
“Aku tak bersalah. Jerit
Pn Rohani dalam tangisan”.
Psiko mula di mainkan oleh anggota polis untuk
menenangkan Pn Rohani agar dia tidak takut dengan situasi yang dia berada
sekarang.
Tangan di gari dan di bawa
masuk ke dalam kereta polis peronda. Siren amaran kereta polis peronda di
bunyikan menandakan ada sesuatu yang terjadi. Mayat suaminya di bedah siasat
sebelum di serahkan kepada waris untuk di tuntut.
…*…
Selepas kes dibicarakan dan
di jatuhi hukuman, mertuanya tidak puas hati kerana menantunya tidak mendapat
hukuman setimpalnya kerana telah membunuh anaknya. Seharusnya di jatuhi hukuman
gantung sampai mati baru puas hati mertuanya. Namun, Pn Rohani hanya di jatuhi
hukuman penjara seumur hidup di bawah seksyen 302 iaitu siksaan bagi kesalahan
membunuh orang.
Kehidupan di dalam penjara
banyak mengajar Pn Rohani erti kehidupan sebenar yang harus di laluinya. Sebuah
perjalanan hidupnya akan berakhir dalam sel penjara. Sebuah pengakhiran yang
sangat memeritkan bagi seorang wanita untuk menjalani liku kehidupan yang tidak
lagi normal seperti insan yang lain. Dalam sel penjara Pn Rohani banyak
termenung mengenangkan kisahnya suatu ketika dahulu yang sangat bahagia. Selama
5 tahun melayari kehidupan berumah tangga kehidupan mereka suami isteri sangat
bahagia apatah lagi suaminya sangat penyayang. Pn. Rohani merupakan wanita
bekerjaya dan suaminya pula tidak membantah untuknya bekerja. Suami Pn. Rohani
memegang jawatan pengurus di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota.
Masing-masing sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk bersama. Apabila
pulang dari kerja masing-masing sudah penat seharian bekerja. Cuma hari minggu
sahaja masa untuk mereka bersama bergurau senda dan bercuti. Suatu hari
suaminya mencadangkan mereka bercuti di langkawi untuk merehatkan minda dan
menghilangkan penat lelah seharian bekerja. Begitu teruja Pn. Rohani apabila
mereka akan pergi bercuti. Masing-masing memohon untuk cuti seminggu dan cuti
mereka di luluskan oleh pihak atasan.
Sedang sibuk
Pn. Rohani mengemas pakaian untuk di bawa nanti tiba-tiba elektrik di rumahnya
terpadam. Pn. Rohani ketakutan lalu keluar dari bilik untuk memanggil suaminya.
“Ab… abang kat
mana, Ani takut ni. Abanggg... Jangan mainkan Ani macam ni. Abanggg…” Air
matanya mengalir laju.
Tiada sahutan
dari suaminya. Membuatkannya lagi takut apabila kelihatan ada kelibat manusia
sedang berjalan menuju kearahnya.
“Abang ke tu?
Tanya Pn. Rohani lagi”
Kelibat hitam
menerkam Pn. Rohani, hampir rebah di buatnya. Mereka bergelut dan Pn. Rohani
memukul lelaki tersebut dengan batang penyapu.
“Aduhh!”
Terdengar
suara suaminya mengaduh kesakitan membuatkan dia berhenti memukul, lalu ada
sekumpulan manusia masuk ke dalam rumahnya sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ buatnya. Alangkah
terharunya dia melihat suami tersayang membuat kejutan untuk isteri, terasa di
sayangi dan di hargai. Dalam masa yang sama juga dia memarahi suaminya kerana
menakut-nakutkannya sebegitu. Bagai hendak luruh jantungnya,.
“Abang minta
maaf sayang, abang terpaksa. Jangan la merajuk yea abang janji tak buat lagi
camni” Di rangkul pinggan isterinya tanda memujuk.
“Promise tak buat lagi? Sambil mencubit
pipi suami tercinta”.
“Abang janji
tak buat lagi”
En. Bahar
mengeluarkan satu bungkusan yang di balut kemas, lalu di hulurkan kepada isteri
tersayang. Kegembiraan jelas terpancar di wajah isterinya.
“Terima kasih
abang, boleh sayang buka sekarang? Pinta isterinya”.
En. Bahar
tersenyum melihat telatah isterinya. Cukup bahagia rumah tangga mereka saat
ini. Alangkah terkejut Pn. Rohani apabila melihat hadiah yang diberikan. Seutas
rantai emas dan permatanya berbentuk hati. Hanya ucapan terima kasih buat suami
tersayang. Dipeluk erat-erat suaminya tanda kasih dan sayang buat suami. Rumah
mereka meriah dengan kawan-kawan dan jiran tetangga yang hadir menyambut hari
jadi Pn. Rohani.
Lamunannya
terhenti apabila pegawai polis datang menemuinya. Sel penjara di buka.
“Pn Rohani
Ibrahim, sila ikut saya ke bilik tetamu sekarang! Arah Inspektor Maria”.
Pn Rohani
hanya mengekori dari belakang pegawai polis tersebut. Tiada sepatah kata yang
di ucap. Setelah sampai di ruangan tersebut kelihatan keluarganya sedang
menanti dengan wajah yang suram. Hatinya mulai sebak melihat keluarganya. Tiada
kata yang dapat di gambarkan saat itu. Terasa hina, terasa berdosa yang amat
sangat dan terasa diri amat terasing apabila berada di tirai besi.
Lantas di
peluk erat-erat tubuh ibunya seakan-akan mereka akan berpisah buat
selama-lamanya. Kerinduan yang amat pada keluarga tercinta yang sanggup lagi
menerima dirinya setelah kejadian ngeri itu terjadi menimpa dirinya. Hubungan
antara ibu dan anak tidak akan pernah putus walau apa pun yang terjadi. Darah
yang mengalir dalam tubuh adalah darah yang sama tidak akan pernah putus.
AMIR AKRAM BIN ABDULLAH
BC13110016
BC13110016
No comments:
Post a Comment