Hari ini cik Lisa ingin berkongsi tentang bussiness cik lisa. Sebenarnya dari kecil masa darjah 4 lagi Cik Lisa dah mula berniaga, masa tu Cik Lisa jual pemadam, pembaris,pisau lipat dan gula-gula. Lepas tu masa tingkatan 4 Cik Lisa ikut kakak Cik Lisa menjual kat bazar ramadan, Dalam masa yang sama, Cik Lisa jual Onedrop Perfume masa tu famous la perfumes tu sebab halal kan tapi disebabkan perfumes tu selalu pecah dan Cik Lisa banyak mengalami kerugian jadi Cik Lisa pun stop la buat bussiness tu. Masuk universiti plak, masa semester 1 Cik Lisa join satu pelaburan ni tetapi tak sempat dapat untung orang tu dah hilang dalam radar. Erm tu la siapa suruh nak kaya cepat tanpa fikir panjang, kan dah rugi,heheh. Masuk semester 2 cik lisa join satu perniagaan ni nama dia PHYTOSCIENCE, lebih rm2000 cik lisa habiskan untuk bussiness ni tapi sebab cik lisa ni tak pandai nak promot, cik lisa terus stop buat bussiness tu. Langsung tak dapat untung,kalau stok produk tu ada dengan cik lisa, cik lisa bagi free jew kat orang sebab xpandai nak pujuk orang beli produk tu.heheh Kalau orang yang jenis pandai cerita and tarik orang untuk beli produk dia boleh pergi jauh dengan produk tu, sekarang pun phytoscience dah melebarkan sayap ke banyak negara dah cuma cik lisa je memilih tak nak teruskan. Semester 3 cik lisa guna duit PTPTN untuk beli tab, tapi sebab kurang dekatkan diri dengan Allah n asyik sibuk dengan tab tu jew, Allah bagi cik lisa guna kejap je tab tu lepas tu rosak. Lain kali jangan pentingkan dunia je INGAT ALLAH dulu baru fikir benda lain k...Semester 4 pula cik lisa guna duit PTPTN cik lisa untuk berniaga keropok dari Kelantan di UMS dan jual top4. Keropok tu cik lisa tinggal kat tangga jadi sesiapa yang nak beli dia boleh ambik dan letakkan duit kat bekas yang cik lisa sediakan. Biasa la sibuk dengan kelas jadi cara tu jew yang ada untuk berniaga. Bukan cik lisa je yang buat macam tu ramai student lain pun buat macam tu, Tapi malangnya masih ada orang yang tidak jujur, keropok cik lisa banyak yang hilang dan duit pun makin berkurang, tapi tak pe lah cik lisa halalkan je sesiapa yang terambik kerompok tu. So jual keropok tu pun separuh jalan je sebab cik lisa malas nak urus pasal pos keropok tu lagi. Jual top4 best, ramai yang akan ketuk bilik cik lisa untuk cari top4 so cik lisa tak perlulah nak bersusah payah nak cari pelanggan. Sampai sekarang cik lisa masih jual top4 tapi tak berapa nak aktif sangat sebab bagi peluang kat kawan-kawan sekelas lain yang jual pulak. Semester 6 pulak cik lisa jual nasi. Walaupun tak boleh masak dalam asrama, tetapi cik lisa redah je biasalah nak hidup so kena pandai-pandai la. Nasib baik masa cik lisa masak tu tak ada spotcheck kalau tak abislah cik lisa..Cik Lisa cuma masak nasi dengan sayur je, lauk tu cik lisa beli siap-siap yang dah masak dan minta orang kedai tu packing siap untuk 15 bungkus. Cik Lisa jual nasi tu kat dalam fakulti je, pergi round semua blok seni dan Alhamdulillah ada jugak yang beli nasi Cik Lisa, dalam banyak-banyak business, Cik Lisa suka jual nasi ni tak tahu la kenapa mungkin sebab paling mencabar kot,hahaha. Semester 6 Cik Lisa jual iceblended, business ni berkongsi 4 orang. Kami menyewa di Alam Mesra dengan rm25 sehari. Tetapi business ni pun tak kekal lama sebab Cik Lisa dan rakan kongsi Cik Lisa semuanya terlalu busy dengan assigngment dan kerja-kerja lain, jadi business tu pun stop la. Lepas business ice blended tak jalan, cik lisa pun mula jinak-jinakkan diri dengan dropship beg dan jam tangan. Setakat ni Cik Lisa masih kekal dengan dropship la. Doakan Cik Lisa jadi jutawan dan usahawan muda yang suka bersedekah di Jalan Allah yea. Cik Lisa pun doakan agar anda semua dimurahkan rezeki dan lebih mendekatkan diri dengan Allah. Assalamualaikum.
NURLISA SHAHADA MOHAMAD
BC13110155
NURLISA SHAHADA MOHAMAD
BC13110155
No comments:
Post a Comment