Assalamualaikum kepada semua pembaca
sekalian. Kali ini Cik Lisa ingin bercerita tentang pengalaman kerja Cik Lisa
bila ada cuti yang panjang. Pada hujung tahun 2010, lepas abis sahaja
peperiksaan SPM, Cik Lisa terus cari kerja di bandar Kota Bharu. Cik Lisa tak
suka duduk rumah je jadi Cik Lisa memilih untuk cari pekerjaan sementara tunggu
keputusan sambung belajar. Nak tahu tak kat mana tempat Cik Lisa mula bekerja?
Cik Lisa saje je pergi mintak kerja kat KFC tup tup terus dapat kerja. Cik Lisa
ditempatkan di bahagian cashier. Masa interview
tu Cik Lisa pergi sorang-sorang je
tak ada kawan pun yang teman, lepas tu Cik Lisa jumpa lah kawan baru masa interview tu, kawan baru Cik Lisa pun
dapat kerja kat situ jugak tetapi diorang bahagian lain. Masa mula bekerja di
situ, Cik Lisa jadi packer dulu,
punyalah susah nak ingat semua menu-menu tu sampaikan setiap kali nak buat order customer Cik Lisa kena donggakkan
kepala untuk tengok apa yang perlu ada dalam setiap menu kat papan belakang
cashier. Tidak lama selepas itu, Cik Lisa pun diberi ID sendiri dan masa tu dah boleh pegang mesin sendiri.
Sampailah satu ketika, masa tu cuti sempena Christmas kot punya lah ramai orang
datang makan kat KFC tu, Cik Lisa ni dah la nervous
sebab menu-menu pun masih banyak yang belum ingat tiba-tiba penuh orang
beratur di kaunter. Tiba lah giliran seorang pakcik ni beratur di kaunter Cik
Lisa, pakcik ni nampak alim berkopiah tetapi perangai masyaallah…Dia marah Cik
Lisa sebab lupa bagi kentang putar dia, cara dia marah tu macam Cik Lisa baru
lepas bunuh orang je. Habis semua orang pandang. Sebelum tu Cik Lisa belum
sempat bagi duit baki lagi dia dah pergi kat tempat duduk dia, jadi Cik Lisa
pun letak la duit baki dia tu kat tepi kaunter takut dia datang ambik. Dia pun
datang marah Cik Lisa cakap Cik Lisa tidak pandai buat kerja la, tak bagi duit
baki dia la, helloo cik lisa baru
berapa minggu kot kat situ bukannya robot nak ingat semua benda. Geram je dalam
hati nak tukar tempat dengan pakcik tu bia dia pulak yang pegang mesin, bia dia
rasa macam mana perasaan orang baru masuk kerja dan tengok pulak customer beratur panjang-panjang. Lepas
tu Cik Lisa dah tak tahan, Cik Lisa terus tutup kaunter menangis bawah kaunter
sebab malu kena marah depan orang ramai. Nasib baik ada abg senior KFC tu pujuk
Cik Lisa dengan dia-dia sekali duduk bersila bawah kaunter untuk pujuk Cik
Lisa. Nasib baik dia handsome terus
cik lisa berhenti menangis, hehehe. Cik Lisa kerja situ tak sampai 2 bulan pun
sebab tak tahan penat sangat. Sebenarnya banyak pengalaman kerja yang Cik Lisa
nak cerita, Cik Lisa pernah jadi cashier jugak di kedai roti, jadi cahier di
MALL, jadi pelayan restoren, pengalaman buka gerai Ice Blended sendiri tetapi
nantilah Cik Lisa sambung tulis di lain hari pulak ek..bye2, Assalamualaikum..
NURLISA SHAHADA MOHAMAD
BC13110155
No comments:
Post a Comment